PERCAYALAH kepada pakar.
Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, ketika diminta mengulas isu pengguguran atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, daripada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Hafifi digugurkan daripada skuad angkat berat untuk temasya KL2017 selepas Institut Sukan Negara (ISN) mendapati kecederaan pahanya masih belum pulih.
Begitupun, ketika sesi latihan semalam, Hafifi berjaya melakukan angkatan 200 kilogram, sekali gus dilihat sebagai tanda rasa tidak puas hati dengan penggugurannya itu.
Walaupun Hafifi tampak mampu membuat penampilan sulungnya dalam temasya dwitahunan itu, Khairy menegaskan pandangan pakar juga perlu diambil kira demi karier atlet terbabit.
"Saya mengetahui bahawa Hafifi masih mampu untuk melakukan angkatan 200kg tanpa sebarang masalah. Tetapi kami perlu percaya kepada pakar," kata Khairy.
"Ada kalanya keputusan yang dilakukan oleh pakar perubatan ialah untuk memastikan kecederaan yang dialami oleh Hafifi tidak berlarutan."
Pandangan yang sama dilontarkan oleh ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, Datuk Marina Chin, yang tidak mahu kecederaan yang dialami oleh Hafifi berlarutan dan terdapat beberapa kejohanan besar pada tahun depan menantinya.
"Pada pendapat saya, saya tidak mahu melihat Hafifi beraksi dalam Sukan SEA dengan kesakitan yang dialami masih belum pulih sepenuhnya.
"Tahun hadapan Malaysia akan mengharungi saingan Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Perkara yang terbaik buat Hafifi adalah mendengar nasihat doktor dan membuat persiapan bagi saingan seterusnya," katanya.
Hafifi mengalami kecederaan serius pada lutut kiri ketika menjalani latihan di China, Jun lalu, dan ia berlaku apabila dia cuba melakukan angkatan sehingga 190 kilogram.
Astro Arena
Tue Aug 01 2017
![Sukan SEA: Hafifi perlu percaya kepada pakar Sukan SEA: Hafifi perlu percaya kepada pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71501599449_MohdHafifiMansor.jpg)
Hafifi (gambar) mengalami kecederaan serius pada lutut kiri ketika menjalani latihan di China, Jun lalu, dan ia berlaku apabila dia cuba melakukan angkatan sehingga 190 kilogram. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025 Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735366465_MohamadAniqKasdan.jpg)
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.
![Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672150813_AyubRahmatPABM.jpg)
Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.
![Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724323969_SyahmiNorGhazali.jpg)
Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.
![Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724244056_tbHafizuddin.jpg)
Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.
![Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723295144_AniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
![Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723045751_TBANIQ.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.
![PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713226206_tbMohamadAniqKasd.jpg)
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
![Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703589679_MohamadAniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
![Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698216105_BonnieBunyau.jpg)
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
![Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694345560_atletangkatberat.jpg)
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.