KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
Thailand, semasa mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Peraturan SEAGF baru-baru ini di Bangkok, telah mencadangkan 40 sukan berserta cakera terbang dan tarik tali sebagai sukan demonstrasi sempena Sukan SEA ke-33 yang dijadualkan dari 9-20 Dis tahun depan di Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
Bagaimanapun, karate dan wusyu yang merupakan lubuk pingat emas negara, serta ju-jitsu, boling padang dan sukan Olimpik angkat berat dikeluarkan daripada senarai.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini berkata badan induk itu dalam proses mengumpul maklum balas daripada persatuan sukan kebangsaan (NSA) terlibat untuk mengemukakan rayuan bagi menyenaraikan sukan-sukan berpotensi tersebut sebelum tarikh tutup 31 Ogos ini.
"Di bawah Piagam dan Peraturan SEAGF, setiap negara tuan rumah berhak untuk mencadangkan senarai sukan awal dari pelbagai kategori selepas perbincangan dengan kerajaan mereka. Ini tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Majlis SEAGF selepas mempertimbangkan rayuan dari negara-negara lain."
"Pertama, NSA tempatan mesti melobi dan kemudian sukan tersebut mesti mewakili majoriti daripada 11 negara yang bertanding, dengan setiap acara mesti mempunyai penyertaan minimum dari empat negara.
"Inilah proses yang akan diikuti oleh semua pihak, dan senarai akhir mesti disahkan sekurang-kurangnya 15 bulan sebelum majlis pembukaan, iaitu sekitar 9 Sept tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Kursus Penyegaran Pengadil Antarabangsa Taekwondo Kyorugi dan Poomsae Dunia di Wisma OCM di sini, hari ini.
Mengulas mengenai pengecualian angkat berat, Mohamad Norza berkata perkara itu disebabkan oleh pelanggaran doping di negara tuan rumah, namun memandangkan banyak negara yang mahukan sukan Olimpik popular itu diadakan, beliau berharap rayuan tersebut menerima maklum balas positif.
Sementara itu, MOM dalam kenyataan mengumumkan bahawa Mohamad Norza telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kedua Jawatankuasa Eksekutif SEAGF dalam mesyuarat yang sama.
"Ini selaras dengan Artikel 11.3 Piagam dan Peraturan SEAGF dan berdasarkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA seterusnya, edisi ke-34 pada 2027," menurut kenyataan itu.
Pada Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara mempamerkan prestasi terburuk, menamatkan temasya di tempat ketujuh dengan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa setelah gagal mencapai sasaran 40 emas.
Karate menyumbang empat pingat emas, dua perak dan empat gangsa, manakala wusyu membawa pulang dua emas, dua perak dan enam gangsa, manakala angkat berat dan ju-jitsu masing-masing meraih satu gangsa.
Boling padang, satu lagi prospek kuat untuk Malaysia, kali terakhir dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019, ketika skuad negara menyapu bersih empat emas dan dua gangsa daripada enam acara yang dipertandingkan.
Senarai sukan yang dicadangkan untuk Sukan SEA 2025:
Kategori I A (Sukan Wajib): Akuatik dan Olahraga.
Kategori III (Sukan Lain): Teqball dan Kickboxing.
Sukan Demonstrasi: Cakera Terbang dan Tarik Tali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Mohamad Norza berkata MOM dalam proses mengumpul maklum balas daripada NSA terlibat untuk mengemukakan rayuan bagi menyenaraikan sukan-sukan berpotensi tersebut sebelum tarikh tutup 31 Ogos ini. - Gambar fail

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.