SEPANG: Bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak gentar untuk beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022, bermula 28 Julai ini walaupun ia penampilan sulungnya di temasya berkenaan.
Atlet berusia 19 tahun itu berkata meskipun bakal berdepan pencabar yang dianggap sengit di temasya itu, namun ia memberikan motivasi tambahan untuk beliau menampilkan aksi terbaik dalam acara 500 meter (m) ujian masa.
"Cabaran di Komanwel ini semestinya lebih sengit dengan adanya pencabar dari negara seperti Great Britain, India dan Kanada yang menjadi cabaran besar buat saya di sana.
"Tapi saya tak rasa tertekan walaupun ini pertama kali, takut sedikit itu adalah, cuma saya akan buat yang terbaik," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang mendapat jolokan sebagai 'Azizulhasni Awang versi Wanita' berkata beliau tidak mengharap untuk kedudukan pingat pada kali ini, tetapi akan berusaha sehabisnya untuk memecahkan rekod peribadinya.
Atlet kelahiran Sungai Petani itu pada masa sama, bertekad untuk mempamerkan kayuhan cemerlang pada temasya terbabit.
Pada 19 Jun lepas, Nurul Izzah mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, apabila mengungguli acara 500m ujian masa dengan catatan masa 35.499s.
Pada kejohanan tersebut, beliau turut merangkul gangsa dalam acara keirin sekali gus mencipta sensasi dan dianggap sebagai permata baharu skuad berbasikal trek negara.
Skuad berbasikal telah berlepas ke Birmingham pada 9.50 pagi tadi bersama jurulatih kebangsaan John Beasly.
Antara atlet berbasikal yang membawa cabaran negara ke temasya sukan itu adalah Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom, sementara pelumba wanita adalah Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Nurul Izzah berkata beliau tidak mengharap untuk kedudukan pingat pada kali ini, tetapi akan berusaha sehabisnya untuk memecahkan rekod peribadinya. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Muhammad Ridwan sambar emas peribadi kedua, Nurul Izzah terus cemerlang
Pelumba berusia 21 tahun itu berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.

Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.

Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.

Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.

Muhammad Ridwan, Nurul Izzah tewas dalam saingan masing-masing di Track Nations Cup UCI 2024
Muhammad Ridwan Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pamer aksi mengecewakan dalam kempen Track Nations Cup UCI 2024 di Milton, Kanada.

Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.

Nurul Izzah Izzati raih emas kedua di ACC India
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak cemerlangnya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 dengan meraih pingat emas kedua di New Delhi, India hari ini.

Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India
Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China.

Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India
Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut ACC 2024.