KUALA LUMPUR: Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mara ke separuh akhir acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India.
Muhammad Shah Firdaus yang juga pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac tahun lepas mudah menewaskan pelumba China Liu Kuan, dalam dua perlumbaan suku akhir hari ini, menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.
Nasib berbeza menimpa adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom apabila dikalahkan Li Zhiwei 0-2 dalam satu lagi perlumbaan.
Sementara itu, Nurul Izzah Izzati juga berada dalam keadaan terbaiknya apabila menewaskan Ratu Afifah Nur Indah dari Indonesia 2-0, pada perlumbaan suku akhir hari ini manakala Nurul Aliana Syafika Azizan pula disingkirkan Tong Mengqi dari China, 0-2.
Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati masing-masing akan bertemu Zhiwei dan Mengqi pada perhitungan separuh akhir, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.

Azizulhasni terlepas emas acara keirin Asia
'The Pocket Rocketman' itu hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas ketinggalan hanya 0.061 saat di belakang jaguh keirin Asia itu.

Tiga detik pisahkan Amar dari gelaran Juara Asia
Amar Danial Masri dipintas pelumba Thailand, Wachirawit Saenkhamwong dengan hanya masa 0.338s untuk meraih pingat emas.