Hanya tiga detik memisahkan pelumba berbasikal trek lelaki remaja kebangsaan, Amar Danial Masri daripada merangkul gelaran juara Asia selepas hanya meraih pingat perak acara 1km ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, pada Ahad.
Pada perlumbaan di Velodrom Nasional di sini, emas seakan berpihak kepada Amar selepas beliau mempamerkan kayuhan menakjubkan untuk mencatat kepantasan 1:03.375 saat.
Bagaimanapun, catatan masanya itu dipintas pelumba Thailand, Wachirawit Saenkhamwong dengan hanya masa 0.338s untuk meraih pingat emas sekali gus menghampakan penyokong negara yang hadir bagi menyaksikan kejutan dicipta pelumba negara itu.
Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan tersebut, Amar ,yang membuat penampilan pertamanya dalam acara itu, berkata beliau tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut meskipun terlepas peluang dari mencipta kejutan di laman sendiri.
"Ketika di pusingan kelayakan masa yang saya catat tidak begitu baik kerana saya fikir mahu menjimatkan tenaga pada perlumbaan akhir nanti.
"Pada pusingan akhir, saya pula cuma hanya mahu lakukan yang terbaik tetapi tidak menyangka mampu mencipta satu kejutan sekali gus meraih pingat," jelas pelumba berasal dari Mersing, Johor berusia 18 tahun itu.
Pingat gangsa acara itu menjadi milik pelumba Kazakhstan, Viktor Golov dengan kepantasan 1:03.873s.
Dalam pada itu, hasrat Malaysia untuk menambah koleksi pingat menerusi acara yang sama bagi kategori lelaki elit musnah selepas Muhammad Fadhil Mohd Zonis sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan 1:02.507s pada perlumbaan akhir.
Pingat emas acara itu menjadi milik pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya sementara perak diraih Hsiao Shih Hsin dari Taiwan diikuti pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourrsm merangkul gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018

Amar Danial Masri dipintas pelumba Thailand, Wachirawit Saenkhamwong dengan hanya masa 0.338s untuk meraih pingat emas. - Foto BERNAMA

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.