KUALA LUMPUR: Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris dalam kedua-dua acara sprint dan keirin, Julai ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) Datuk Amarjit Singh Gill yang turut memaklumkan dua lagi pelumba ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
"Ini berdasarkan kepada mata, Nurul Izzah baru sahaja berentap pada Piala Negara-Negara Union Cycliste International (UCI) di Kanada semalam dan UCI akan keluarkan ranking terbaru pada petang atau malam ini.
"Pada 22 April, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan hantar senarai rasmi kepada semua Jawatankuasa OIimpik Kebangsaan (NOC), itu yang rasmi, tapi kita juga boleh tahu berdasarkan mata, hanya perlu tunggu keputusan rasmi," katanya yang juga anggota jawatankuasa UCI kepada Bernama hari ini.
Setakat ini, enam atlet iaitu atlet terjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), telah mengesahkan tempat di Paris.
Jika Nurul Izzah Izzati, 20, berjaya memperoleh slot di Olimpik, atlet Kedah itu akan membuat penampilan sulungnya di temasya terbesar dunia itu bersama-sama Bertrand Rhodict dan Ariana Nur Danial yang kedua-duanya berumur 19 tahun, Mohamad Aniq, 22, serta Nur Shazrin dan Nur Aisyah, 26.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris Julai ini. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur
Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan akhir Keirin selepas pelumba Jepun K Ota terbatal

Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.

Piala Negara-Negara 2024: Semua pelumba trek negara terkeluar awal
Kesemua atlet berbasikal trek negara gagal layakkan diri ke suku akhir pada hari kedua Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.