KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan bakal berkelana ke Australia bermula 6 hingga 14 April ini bagi menghadapi aksi pemanas badan sebelum menggalas cabaran negara pada Sukan SEA di Kemboja dan Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi kenyataan memaklumkan skuad Young Tigers akan berlepas ke Perth esok untuk mengharungi enam perlawanan menentang kelab senior di negara berkenaan sebelum pulang ke tanah air pada 15 April.
"Ketika berada di Australia, skuad remaja negara yang terdiri daripada 21 pemain membabitkan dua penjaga gol, tujuh pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam penyerang akan melalui enam perlawanan persahabatan," menurut kenyataan itu.
Ketua jurulatih skuad remaja lelaki kebangsaan Muhamad Amin Rahim pula berkata menerusi perlawanan berkenaan, skuad kebangsaan boleh dinilai memandangkan Australia antara pasukan terbaik dunia selain mempunyai kualiti tempo permainan berbeza.
"Kepantasan untuk berfikir serta kepantasan fizikal juga akan menjadi taruhan pasukan dalam aksi persahabatan tersebut, ia cukup baik bagi mempersiap pemain agar bersedia sepenuhnya menjelang dua kejohanan penting (Sukan SEA dan Piala Remaja Asia 2023)," katanya.
Beliau berkata barisan yang dibawa ke Perth merupakan pemain yang menunjukkan persembahan terbaik sewaktu saingan TNB Liga Hoki Malaysia baru-baru ini selain muka baharu untuk beraksi di peringkat tertinggi.
Skuad Young Tigers bakal berentap di Sukan SEA, Kemboja bermula 1 hingga 8 Mei ini dan turut membawa cabaran negara pada Piala Remaja Asia di Oman dari 23 Mei hingga 1 Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Barisan yang dibawa ke Perth merupakan pemain yang menunjukkan persembahan terbaik sewaktu saingan TNB Liga Hoki Malaysia baru-baru ini. - Gambar Malaysian Hockey Confederation
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.