KUALA LUMPUR: Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menjangka Malaysia mudah mendapat jaringan awal dalam kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan pada perlawanan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Mohamad Faizal yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan berkata pada aksi itu pasukan negara bukan sahaja tidak berdepan masalah merobek gawang lawan dalam tempoh 20 minit pertama, malah turut berjaya mendominasi permainan dari awal sehingga ke wisel penamat.
"Hari ini (malam tadi) serba menjadi, apa yang boleh dikatakan semua yang kita buat menjadi...saya memang tak sangka rakan sepasukan dapat menjayakan perancangan jurulatih dengan baik malam ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.
Pada aksi malam tadi, pemain Terengganu FC itu mencuri tumpuan apabila menjadi salah seorang penjaring menerusi gol pada minit ke-16 selain Muhammad Safawi Rasid (minit ke-11), Corbin Ong (minit ke-45) dan penjaring tunggal Turkmenistan Altymyrat Annadurdyyev pada minit ke-38.
Jaringan tersebut adalah gol pertama pemain berusia 24 tahun itu bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
Mohamad Faisal berkata beliau juga tidak menjangka berpeluang meledak jaringan sulungnya itu di laman sendiri sambil disaksikan lebih 21,000 penonton yang hadir ke stadium, sekali gus menganggap pertembungan dengan Turkmenistan merupakan aksi terbaiknya.
Beliau bagaimanapun enggan mendabik dada dan mengakui semua pihak termasuk pemain dan jurulatih telah memainkan peranan masing-masing dengan baik dalam memastikan kejayaan Skuad Harimau Malaya.
"Sebenarnya perkara ini datang daripada semua pihak bukan hanya seorang pemain, semua perlu jalankan tanggungjawab masing-masing.
"Saya bangga dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan kerana kerja keras selama ini membantu kejayaan kita malam ini," katanya.
Malaysia akan meneruskan saingan bertemu pasukan pilihan Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Nasional Sabtu ini dengan sasaran membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
Hanya juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan Malaysia kali terakhir beraksi di kejohanan berprestij itu pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah lebih 40 tahun gagal mara secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Safawi Rasid (kiri) dan Faisal Halim berpelukan selepas tamat perlawanan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
Kekejaman zionis: UK cari keseimbangan dalam perang di Gaza
Britain mahukan kedudukan seimbang dalam perang di Asia Barat dan akan menggunakan usaha diplomatik untuk memastikan gencatan senjata dicapai dan tebusan yang dipegang oleh Pejuang Hamas dibebaskan.
Kekejaman zionis: Hamas terima cadangan A.S runding tebusan - Laporan
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Serangan ke atas sekolah di Al-Nuseirat membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 orang.
Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.