Karakter pemangsa yang dimiliki harimau Malaya, membuatkan haiwan yang digelar Raja Rimba itu sentiasa digeruni oleh ‘mangsa-mangsanya’.
Haiwan itu boleh berlari sepantas kira-kira 60 kilometer/jam (km/j), selain memiliki kemahiran serang hendap untuk memburu mangsanya.
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu ‘mencairkan hati’ ramai pencinta haiwan.
Di Zoo Negara, kebajikan haiwan itu dijaga oleh empat kakitangan termasuk Mohd Azman Fikri, 24.
Namun, pernahkah anda terfikir - benarkah penjaga-penjaga haiwan itu menggosok gigi harimau? Berapa pula saiz berus gigi haiwan itu, jika perkara itu benar-benar berlaku?
Mohd Azman yang ditugaskan menjaga sembilan ekor harimau Malaya hanya tersenyum selepas mendengar soalan tersebut.
“Gosok gigi (harimau) itu tak pernah lah... Kalau kita pengsankan dan buang plug pada giginya, itu pernah...
“Gosok gigi, itu semua dongeng sahaja...,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
Katanya, sifat haiwan itu yang mampu memberi risiko kepada mana-mana penjaga haiwan, antara faktor yang perlu diambil kira setiap kali menguruskan harimau Malaya.
Sebagai ‘pendamping’ haiwan yang ngaumannya mampu didengari sejauh enam kilometer (km) itu, mengesan harimau Malaya yang sedang bunting, merupakan pengalaman paling berharga buatnya.
“Saya yang tengok sendiri, dan beritahu abang Fendi (penjaga harimau Malaya) bahawa haiwan ini sedang bunting.
“Kita tengok gaya dan perangai haiwan ini... Kalau ia dah bunting, (perangainya) lain. Jadi, saya maklum kepada penyelia, dan asingkan harimau betina dan jantan,” kongsinya lagi.
Ujar Mohd Azman, harimau Malaya yang sedang mengandung memerlukan perhatian yang lebih, dan disifatkan lebih sensitif.
“Kita tak boleh kacau dia. Kena tutup kandangnya jangan bagi orang tengok.
“Haiwan itu akan lahirkan anak dalam tempoh tiga bulan lebih. Kalau ada orang mengintai ketika haiwan itu sedang lahirkan anaknya, ia akan stres. (Jika perkara itu berlaku), takut haiwan itu akan makan anaknya,” katanya.
Hebat, Wira, Pia, Zia “kaki merajuk”
Kitty, Jati, Teja, Kayla, Lara, Pia, Zia, Hebat serta Wira merupakan nama di ’surat beranak’ bagi harimau Malaya di Zoo Negara.
Kitty - adalah harimau Malaya paling tua, berusia 18 tahun, sementara Wira dan Hebat yang dilahirkan tahun lalu adalah paling bongsu, dengan masing-masing berusia satu tahun.
Bercerita lebih lanjut, Mohd Azman berkata perangai haiwan itu berbeza mengikut usia.
Malah, haiwan-haiwan itu mempunyai emosi tersendiri termasuk suka merajuk.
Mendedahkan ‘rahsia’, Mohd Azman berkata pasangan adik-beradik Pia dan Zia; serta Hebat dan Wira adalah paling kuat merajuk dalam kumpulan haiwan itu.
“Zia, Pia, Wira dan Hebat suka merajuk...
“Biasanya kalau haiwan ini merajuk, pada waktu malam ada ‘benda’ (haiwan lain) kacau. Misalnya, monyet kacau kawasan mereka.
“Apabila dah merajuk, haiwan itu takut nak keluar kawasan pameran. Kakitangan yang jaga kena pandai hilangkan raha takut dan merajuk haiwan itu,” jelas beliau.
Mohd Azman turut memaklumkan bahawa harimau Malaya yang berada di Zoo Negara tidak akan dihantar pulang ke habitat asal.
Selain faktor pemburu haram, beliau berkata, haiwan itu berisiko untuk mati kerana tidak mempunyai ‘pengalaman memburu’ mangsa.
“Kalau kita nak hantar dalam ke hutan, memang tak boleh sebab haiwan di Zoo Negara sudah biasa makan dihidang, minum dihidang, dan bilik semua ada.
“Contoh kalau kita hantar ke hutan, haiwan itu akan mati dalam beberapa hari sahaja sebab mereka nak memburu tak pandai, (dan) lepas itu nak cari makan tak boleh,” ujarnya.
Setakat ini, dianggarkan terdapat kurang 200 ekor harimau Malaya di hutan Semenanjung Malaysia.
Haiwan dengan nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni itu dikategorikan sebagai spesies terancam di negara ini.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 29 2020
Di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu mencairkan hati ramai pencinta haiwan. - Foto Astro AWANI
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.