KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) bersetuju dengan cadangan menjadikan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) melalui pengukuhan fungsi, perjawatan, perkakasan teknologi penyelidikan dan kerjasama strategik.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata mesyuarat juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
"MyTTF merupakan platform utama untuk meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan usaha kerajaan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya serta memperkukuhkan kerjasama pihak berkepentingan khususnya kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan MenteriDalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu sebagai wakil negeri rayauan harimau (Tiger Range States).
Tiga kertas pertimbangan dan dua kertas makluman merangkumi inisiatif mempertingkatkan usaha konservasi spesies Harimau Malaya dan habitatnya di Semenanjung Malaysia turut dibentangkan dalam mesyuarat itu.
Menurut Nik Nazmi antara pertimbangan dan makluman tersebut ialah mesyuarat bersetuju dengan pindaan terma rujukan MyTTF bagi mengukuhkan peranan pasukan petugas itu.
Selain itu, Mesyuarat MyTTF memaklumkan terdapat banyak perkembangan positif sejak pengumuman pelaksanaan sembilan tindakan strategik luar biasa konservasi Harimau Malaya yang telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021.
"Pencapaian ini menunjukkan bahawa usaha menyelamatkan Harimau Malaya akan membuahkan hasil jika kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersepakat dan meletakkan komitmen yang tinggi dalam menangani krisis populasi Harimau Malaya," katanya.
Beliau berkata pencerapan saintifik oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 15 ekor kelahiran baharu Harimau Malaya secara semula jadi di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu.
Katanya pelaksanaan rondaan dan kawalan biodiversiti melalui pelantikan Renjer Komuniti dan Operasi Bersepadu Khazanah oleh Jabatan Perhilitan dengan kerjasama PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pihak Berkuasa Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan juga mencatatkan kejayaan dengan 531 tangkapan melibatkan sitaan berjumlah RM123.91 juta.
Katanya Mesyuarat MyTTF juga bersetuju memperluaskan pelaksanaan Skim Akreditasi Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) bagi mengukuhkan keberkesanan pengurusan habitat Harimau Malaya dan bagi tujuan ini, Jabatan Perhilitan diberi tanggungjawab menerajui pelaksanaan CA|TS di peringkat nasional
"Saya yakin kesepakatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mengukuhkan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies ikonik negara Harimau Malaya seperti yang ditunjukkan pada hari ini akan memangkin perubahan transformatif dan menjadi pencetus untuk melaksanakan lebih banyak tindakan luar biasa.
"Ini adalah penting bagi mengukuhkan lagi agenda negara dalam memastikan spesies yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus buat selama-lamanya," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Nik Nazmi bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kedua Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya pada Selasa. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.