PHNOM PENH: Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan mengakhiri saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 dengan kemenangan besar apabila menewaskan Singapura 7-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Prince di sini, hari ini.
Pada aksi itu, penyerang T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda pada temasya sukan dwitahunan itu.
Pemain Kuala Lumpur (KL) City FC berusia 20 tahun itu, meletakkan skuad bimbingan E. Elavarasan di hadapan seawal minit ke-14 selepas rembatan lencongnya dari dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Singapura, Muhammad Aizil Mohamed Yazid.
Beliau kemudian memainkan peranan dalam gol kedua pasukan negara selepas hantaran lintangnya tepat ke kepala penyerang Muhammad Haqimi Azim Rosli pada masa kecederaan babak pertama.
Saravanan menjadikan kedudukan 3-0 tiga minit selepas rehat apabila merembat padu dari jarak dekat yang menyaksikan beliau memanfaatkan kesilapan pertahanan Singapura, Kieran Teo mengeluarkan bola yang terkena kaki Muhammad Haqimi sebelum bola melantun ke arahnya.
Beliau kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-54 selepas memanfaatkan kekalutan barisan pertahanan Singapura dalam kotak penalti, sebelum meledak jaringan keempat peribadinya menerusi rembatan leret yang gagal diselamatkan Muhammad Aizil pada minit ke-63.
Menghampiri masa penuh, kapten pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan pemain gantian Mohd Aiman Afif Md Afizul masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-88 dan masa kecederaan babak kedua untuk melengkapkan kemenangan besar ke atas Singapura.
Anak buah Elavarasan menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga dengan mengumpul keseluruhan enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat di Sukan SEA pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dengan meraih perak sementara kali terakhir memenangi emas di Indonesia pada 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Antara babak menarik pertemuan Malaysia dengan Singapura dalam menamatkan saingan Kumpulan B di Sukan SEA Kemboja. - Facebook FAM

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.