PELUMBA Perancis, Johann Zarco yang beraksi buat kali pertama dalam MotoGP musim ini, merasakan adalah amat sukar untuk memotong Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP ketika perlumbaan.
Pelumba berusia 27 tahun daripada Monster Yamaha Tech 3 berkata pelumba Itali itu adalah sukar untuk ditandingi kerana beliau bagaikan dapat merasai niat pelumba lain untuk memotongnya.
"Saya ingin katakan adalah sukar untuk memotong Rossi. Beliau bagaikan boleh melihat dan merasai anda. Kadangkala saya merasakan Rossi bagaikan mempunyai 'mata' pada topi keledarnya kerana beliau boleh merasa anda sudah hampir untuk memotongnya.
"Jika anda bersedia untuk memotong beliau, Rossi akan melawan dan kelihatan seperti beliau memberikan isyarat 'Tidak, Tidak, Tidak' kepada anda, " katanya dalam sidang media praacara di sini pada Khamis.
Zarco berkata demikian ketika ditanya pelumb a mana yang paling sukar untuk beliau memotong sama ada Marc Marquez daripada Repsol Honda atau Rossi dalam perlumbaan MotoGP.
Zarco juga berkata juara dunia tiga kali itu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa perlumbaan kerana beliau akan membenarkan pelumba lain memotongnya.
"Dengan Marquez , jika anda cuba mengasaknya, beliau akan memberikan laluan. Beliau lebih yakin untuk memberikan anda laluan kerana beliau tahu beliau boleh memotong anda kemudian," katanya.
Sementara itu, para pelumba juga menyedari keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka dalam perlumbaan hujung minggu ini.
Bagaimanapun, mereka akui cuaca yang berubah-ubah, litar yang cepat kering dan kadang-kadang ribut melanda adalah cabaran utama dalam persiapan untuk pemenang.
Juara bertahan, Marquez berkata beliau akan menunggang dengan gelaran itu di mindanya dan akan bertarung mempertahankannya hujung minggu ini, yang beliau gambarkan sebagai hujung minggu yang istimewa.
"Saya mempunyai dorongan dan mentaliti yang sama. Saya akan berusaha pada sesi latihan ke tahap maksimum sebagai persediaan perlumbaan. Saksikan bagaimana kami bertarung dan mengakhirinya Ahad ini," kata beliau.
Marquez berkata Litar Sepang adalah satu daripada litar yang paling mencabar walaupun pasukannya sudah melakukan ujian persendirian tambahan semasa pramusim.
"Di sini , pada masa lalu saya ada naik dan turun ... ia bukan litar terbaik untuk saya. Kami akan lihat sejauh mana kami akan sampai," katanya.
Andrea Dovizioso daripada ITA-Ducati pula mengeluarkan amaran bahawa beliau akan mencuba segalanya bagi memastikan gelaran juara MotoGP itu masih terbuka
Dovizioso, 31 menyukai Litar Sepang kerana beliau mencipta kenangan manis apabila memperoleh kemenangan sulungnya dalam MotoGP di litar ini tahun lepas, juga yang pertama baginya sejak 2009.
"Tahun lepas, ia adalah kemenangan dan persaingan yang menakjubkan dengan Valentino (Rossi) dan (Andrea) Iannone. Saya mempunyai kenangan manis dan amat menyukai menunggang di litar ini. Pada masa lalu pada waktu kering kami tidak begitu berdaya saing, tetapi saya jangka ia akan berbeza tahun ini. Dan kami perlu bersedia untuk segala keadaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2017

Para Pelumba MotoGP (dari kiri), Valentino Rossi, Andrea Dovizioso, Marc Marquez dan Maverick Viales pada sidang media sempena Grand Prix Motosikal Malaysia 2017 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Quartararo juara GP Portugal
Francesco Bagnaia menyambar kedudukan kedua manakala penyandang juara yang menggalas cabaran Team Suzuki Ecstar, Joan Mir mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Marquez kena penalti enam tempat, Zarco bermula dari petak utama
Marquez dikenakan penalti enam petak atas kesalahan beliau pada selekoh ke-9 di mana beliau didapati menunggang dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Marquez raih petak utama GP Malaysia 2018
Pelumba Sepanyol itu menampilkan tunggangan cemerlang di trek basah sepanjang 5.543km itu dengan catatan 2m 12.161s, mengatasi Johann Zarco di tempat kedua dan Valentino Rossi tempat ketiga.

MotoGP Argentina: Hafizh Syahrin tamat saingan di tempat ke-9, kutip 7 mata
Hafizh Syahrin menunjukkan peningkatan catatan masa keseluruhan 40:60.653 berbanding 42:55.953 pada saingan bulan lalu di Qatar.

Hafizh Syahrin sah ke MotoGP
Hafizh Syahrin Abdullah akan berlumba di bawah pasukan Monster Yamaha Tech3 bersama Johann Zarco.

Marquez hampir hilang kejuaraan MotoGP
Akibat tekanan dari pelumba Perancis, Johann Zarco, Marc Marquez melakukan kesilapan di pusingan ke-24 perlumbaan di litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol.

Rossi bagaikan ada 'mata' di topi keledarnya - Zarco
Pelumba Perancis, Johann Zarco yang beraksi buat kali pertama dalam MotoGP musim ini, merasakan adalah amat sukar untuk memotong Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP.

Zarco kekalkan kejuaraan dunia Moto2 di litar Sepang
Pelumba dari Perancis itu mencatat masa 45 minit 51.036 saat, mengatasi pencabarnya, Franco Morbidelli (Estrella Galicia 0,0 Marc) dan Jonas Folger (Dynavolt Intact GP).

Hafizh raih tempat keempat di GP Catalunya
Bermula di petak ke-13, Hafizh berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 teratas sebaik perlumbaan dimulakan.