Walaupun mencatatkan masa terbaik, juara MotoGP dunia yang baru, Marc Marquez dari Pasukan Repsol Honda akan bermula dari petak ketujuh akibat insiden yang berlaku sewaktu sesi kelayakan.
Marquez dikenakan penalti enam petak atas kesalahan beliau pada selekoh ke-9 di mana beliau didapati menunggang dengan cara yang tidak bertanggungjawab, dengan menunggang perlahan pada laluan perlumbaan sehingga mengganggu pelumba lain.
Pelumba Sepanyol itu yang memenangi gelaran juara dunia buat kali kelima ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan lagi di Jepun bulan lepas, menguasai Litar Antarabangsa Sepang dengan catatan masa dua minit dan 12.161 saat.
Dengan penalti yang dikenakan kepada Marquez, Johann Zarco dari Pasukan Monster Yamaha Tech 3 yang mencatatkan masa kedua terpantas telah diberikan petak utama, iaitu kedudukan di barisan hadapan buat kali kedua berturut-turut kepada pelumba dari Perancis itu.
"Saya sangat gembira, kami lalui sesi kelayakan yang menarik hari ini (Jumaat), menunggu lama di dalam tempat kami dan saya gembira dapat terus ke Q2 kerana dengan itu saya dapat menganalisa apa yang berlaku pada Q1," kata Zarco.
BACA: Marquez raih petak utama GP Malaysia 2018
"Sesi pertama di dalam keadaan litar basah dan saya tidak dapat menguasainya dengan dua set tayar lembut yang digunakan, tetapi sebaik sahaja kami menukarnya lagi, saya dapat mengawal motosikal dengan baik dan dapat mencatatkan masa yang baik.
"Marc bergerak terlalu pantas. Saya berfikir mungkin akan dapat petak utama, tetapi jurang antara saya dengan dia terlalu jauh dan saya boleh duduki petak kedua. Saya rasa itulah tempat terbaik untuk bermula esok," katanya.
BACA: Tuah tidak memihak 'El Pescao'
BACA: Marquez sasar penyudah podium di Sepang
Bersama Zarco di barisan hadapan adalah juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari Movistar Yamaha MotoGP yang mencatat 2:13.009s.
"Dalam keadaan litar yang basah, saya rasakan keadaannya tidaklah teruk sangat, tetapi ia sesuatu yang sukar dikatakan.
"Semalam (Khamis) sewaktu litar kering, saya rasakan kelebihannya, hari ini saya menunggang dengan tayar terpakai dan walaupun saya bukan yang terpantas tetapi gerakan keseluruhan saya baik, jadi saya percaya saya boleh lakukan masa yang terbaik," kata Rossi yang kali terakhir menang di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2010.
Andrea Iannone dari Pasukan Ecstar Suzuki, yang mencatatkan masa pusingan terbaiknya 2:13.097, melengkapkan barisan hadapan dengan bermula dari petak ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Johann Zarco (kanan) beramah mesra dengan Marc Marquez selepas tamat sesi kelayakan kelas MotoGP pada Shell Malaysia MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, 3 Nov, 2018. --fotoBERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Marquez kena penalti enam tempat, Zarco bermula dari petak utama
Marquez dikenakan penalti enam petak atas kesalahan beliau pada selekoh ke-9 di mana beliau didapati menunggang dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Jose Mourinho 'mandi susu' dalam pergaduhan di bilik persalinan dengan Ederson
Pergaduhan bermula apabila Mourinho meminta pemain Manchester City jangan terlalu bising ketika meraikan kemenangan.