ROBLOX baru-baru ini didakwa telah menipu akan jumlah sebenar pemain dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak yang bermain permainan ini.


Ringkasan AI
  • Roblox akan menghalang pemain di bawah 13 tahun daripada mengakses ruangan sosial di mana mereka boleh berkomunikasi melalui teks atau suara, serta ruangan melukis bebas. Langkah ini akan berkuat kuasa mulai 18 November.
  • Kanak-kanak juga akan dihalang daripada mengakses ruangan yang belum diberikan rating. Pembangun ruangan perlu menyertakan borang dan soal kaji selidik untuk mengesahkan usia kanak-kanak. Langkah ini akan bermula pada tahun 2025.
  • Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.


Terbaharu, demi keselamatan pemain berusia bawah 13 tahun beberapa halangan akses akan dilakukan.

Pertama sekali, pemain di bawah 13 tahun tidak boleh melepak di ruangan sosial Roblox.

Ini adalah ruangan di mana pemain boleh berkomunikasi dengan pemain lain melalui teks atau perbualan suara, serta ruangan melukis free-form 2D.

Perkara ini akan terkesan bermula 18 November nanti.

Kemudian Roblox turut akan menghalang kanak-kanak dari mengakses ruangan yang belum diberikan rating. Pembangun juga perlu menyertakan borang dan soal kaji selidik untuk mengesahkan usia kanak-kanak.

Perkara ini akan terkesan bermula tahun 2025. Menurut Roblox, ini adalah antara langkah keselamatan baharu yang diperkenalkan dan turut menyatakan mereka sentiasa menjaga keselamatan pemain lebih-lebih lagi kanak-kanak. -Amanz