Ringkasan AI
- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan penggunaan media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun, tanpa pengecualian walaupun dengan kebenaran ibu bapa.
- RUU ini akan dibentangkan tahun ini dan dijangka berkuat kuasa setahun selepas diluluskan oleh parlimen. Media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, X, dan YouTube akan terkesan oleh pengharaman ini.
- Albanese menyatakan bahawa langkah ini diambil kerana media sosial dianggap mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak, dan beliau bertekad untuk menghentikannya.
RUU akan dibentangkan tahun ini dan akan berkuat kuasa setahun selepas diluluskan oleh parlimen.
Sekiranya menjadi kenyataan, Australia akan menjadi negara dengan RUU mengharamkan penggunaan media sosial dalam kalangan individu bawah umur paling ketat di dunia.
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Menurut Albanese, langkah diambil kerana “media sosial mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak dan beliau akan menghentikannya daripada berterusan”.
Di bawah RUU ini, media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, X dan YouTube akan terkesan.
Wakil kesemua media sosial masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rancangan Australia ini.
Selain Australia, Perancis juga mempunyai RUU mengharamkan penggunaan media sosial oleh individu bawah umur tetapi terdapat kelonggaran kepada mereka yang mendapat kebenaran ibu bapa. -Amanz