Hadi Nazari, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan yang berceranggah di New South Wales.
Menurut laporan, Nazari seorang pendaki berpengalaman, sedang mendaki bersama dua rakan di Taman Negara Kosciuszko pada 26 Dis sebelum berpisah untuk mengambil gambar.
Rakan-rakannya melaporkan kehilangan Nazari kepada pihak berkuasa pada petang itu selepas beliau tidak kembali ke tapak perkhemahan yang dijanjikan.
Polis memaklumkan yang Nazari ditemukan selepas menjerit meminta bantuan kepada pendaki lain yang kemudiannya menghubungi perkhidmatan kecemasan.
"Dia hanya mempunyai dua bar muesli dan itulah satu-satunya makanan yang dimakannya sepanjang dua minggu lalu," menurut polis.
Ketika ditemukan, polis mengesahkan yang Nazari tidak mengalami "kecederaan yang ketara."
Beliau dibawa ke hospital untuk rawatan dan bertemu semula dengan keluarganya.
-- BERNAMA