KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse.
Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan sekiranya pendaki tergelongsor, mereka boleh terjatuh ke kawasan kaki gunung yang penuh dengan glasier yang diliputi serpihan dan rekahan ais.
"Kawasan kaki Gunung Lhotse agak luas dan perlukan masa yang lama untuk cari, ditambah dengan rekahan ais yang ada...sekiranya mangsa termasuk dalam rekahan maka usaha mencari semakin sukar," katanya ketika ditemu bual secara dalam talian oleh Bernama TV hari ini.
Beliau yang berjaya menakluk Gunung Everest pada 1997 berkata meskipun usaha mencari bakal berhadapan kesukaran, namun ia tidak mustahil untuk menemukan mangsa berdasarkan pengalaman pada tahun 1997, apabila seorang 'sherpa' yang tergelincir dan jatuh di lereng Gunung Lhotse dari ketinggian 1,000 meter ke bawah, berjaya ditemui.
Magendran berkata apa yang dibimbangi adalah sama ada mangsa membawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk menuruni lereng Gunung Lhotse yang begitu berbahaya.
"Jika beliau telah gunakan oksigen sepanjang naik ke puncak Gunung Everest, oksigen dalam balang yang dibawanya tidak cukup untuk digunakan bagi menuruni gunung hingga ke Kem 4... tetapi mungkin juga dalam perjalanan beliau telah tukar balang oksigen.
"Jadi saya tidak pasti sama ada rakan pendaki kita ini sudah tukar balang oksigen baharu atau sudah bawa bekalan oksigen tambahan, semasa beliau buat keputusan untuk turun ke Kem 3 atau Kem 2... itu satu persoalan yang kita tidak tahu. Jika oksigen tidak mencukupi seseorang itu boleh mengalami Akut Gunung (AMS) yang boleh sebabkan mangsa berilusi," katanya.
Semalam, Muhammad Hawari yang merupakan antara peserta misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
Sehari sebelumnya, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga antara peserta ME 2023, dilaporkan meninggal dunia.
ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud itu turut disertai ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak dan Vincent Tiong Ling Yang, telah memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sementara itu, pendaki 7 Benua dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata KBS serta penganjur, wajar melakukan siasatan menyeluruh kerana semenjak pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023, ini kejadian yang pertama berlaku menyebabkan pendaki Malaysia ke Everest.
Beliau berkata pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati, kerana ia memerlukan latihan yang intensif dan persediaan yang rapi selain pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung salji dan latihan teknikal.
"Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest. Saya terpaksa berlatih lebih dua tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali, sebelum mendaki Everest pada tahun 2004.
"Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama dua bulan, sebelum sampai ke puncak pada 16 Mei 2004. Ini bagi memastikan badan kita bersedia dan dapat bertahan dalam keadaan suhu sejuk yang ekstrim dan cuaca yang tidak menentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sememangnya para pendaki akan mengalami kepenatan melampau atau keletihan yang teruk dan sekiranya tidak cukup stamina, mereka pasti akan menghadapi perkara itu serta boleh menyebabkan mengalami AMS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Pencarian Muhammad Hawari di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse. - IHSAN ME 2023
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Tendi Sherpa kongsi momen sedih ketika misi pencarian Hawari Hashim
Misi penyelamatan dan pencarian telah giat dilakukan sejak tahun lalu, namun masih belum dijumpai sehingga kini.
Pasukan SAR guna dron cari pendaki Rusia hilang di Gunung Rinjani, Indonesia
Tiada sebarang petunjuk berhubung keberadaan mangsa selepas pemeriksaan di beberapa lokasi yang disyaki setakat ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Seorang lagi pendaki hilang di Everest
Pendaki Hungary itu dipercayai cuba menawan Everest secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.
Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari
Pasukan SAR kini menumpukan kepada bahagian atas gunung dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim.
Operasi SAR Muhammad Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Kawasan kaki Gunung Lhotse agak luas dan perlukan masa yang lama untuk misi mencari, ditambah dengan kewujudan rekahan ais.
Lelaki hilang ketika daki Gunung Pulai ditemukan selamat
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.30 pagi tadi dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital.
Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
Pendaki Gunung Suku hilang: Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.
Pendaki warga emas Taiwan hilang di Taman Negara Bako
Mangsa dipercayai terpisah daripada kumpulan tesebut dan kehilangannya hanya disedari pada jam 2 petang.