TENDI Sherpa, seorang malim gunung yang telah menawan puncak Everest sebanyak 17 kali berkongsi bahawa pencarian Muhammad Hawari Hashim yang hilang sebelum ini sebagai momen paling sedih dalam hidupnya.

Sebagai rekod, Hawari telah hilang di gunung tertinggi dunia itu pada 15 Mei 2023 dan misi penyelamatan dan pencarian telah giat dilakukan sejak tahun lalu, namun masih belum dijumpai sehingga kini.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan terutamanya ganjaran sebanyak AS5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Hawari.


Selain itu, kerajaan negeri Pulau Pinang turut mengumumkan bantuan sebanyak RM500,000 yang akan disalurkan kepada misi penyelamatan tersebut pada tahun lalu.

Dengan reputasi yang dimiliki serta pengalaman sejak berusia 12 tahun, Tendi kini merupakan antara malim gunung yang berkaliber selain menguasai pelbagai bahasa lain di dunia.

* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com