PENGURUSAN tertinggi Penang FC telah menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Ong Eng Hua serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan Harimau Kumbang dalam Liga Super musim 2023.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi berkata, susulan daripada itu, Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super yang baharu, Chong Yee Fatt akan memainkan peranan sebagai ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan untuk masa akan datang.
"Saya bagi pihak pengurusan Penang FC ingin memaklumkan pengurusan tertinggi Penang FC berasa amat dukacita dengan prestasi hambar pasukan senior Penang FC dalam saingan Liga Super musim 2023.
"Ia termasuk kegagalan melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini. Pihak pengurusan juga sedar bahawa langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk kembali bangkit daripada situasi ini.
"Oleh itu, pihak pengurusan menamatkan khidmat Kamal dan Eng Hua serta-merta yang mana, kedua-dua mereka tidak lagi akan terlibat dalam apa sahaja urusan kelab dan pasukan selepas ini.
"Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bersama kelab dan pasukan," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Dalam perlawanan pada Ahad, Penang FC kalah kepada PDRM FC 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum itu, Penang FC turut tewas 2-1 kepada KDA FC di hadapan hampir 3,000 penonton di Stadium Bandaraya di sini.
Dalam pada itu, Danial berkata, susulan daripada penamatan perkhidmatan itu, ia akan memberi tanggungjawab penuh kepada Yee Fatt untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC.
"Langkah pembaharuan menyeluruh ini adalah untuk membawa perubahan drastik dalam tadbir urus dan penambahbaikan kepada pasukan bagi memenuhi harapan dan aspirasi para penyokong dan peminat pasukan Penang FC," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 28 2023
Daniel Gooi berkata, susulan daripada itu, Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super yang baharu, Chong Yee Fatt akan memainkan peranan sebagai ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan untuk masa akan datang. - Gambar/ Sinar Harian
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.
Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Liga Super: Penyerang dari Australia taruhan baharu Penang FC
Skuad Penang FC memperkenalkan penyerang dari Australia, Dylan Wenzel-Halls, sebagai pemain baharu yang akan memperkuatkan skuad Harimau Kumbang.
Merzagua kesal penyokong buli pemain muda Penang FC
Pengarah Teknikal Penang FC Merzagua Abderrazak kesal dengan tindakan segelintir penyokong pasukan itu yang berterusan mengeluarkan kata-kata kasar serta membuli pemain PFC III (B20) dan PFC IV (B18).
Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang
Tiga mata berharga itu juga cukup melegakan terutama penyokong yang telah lama menanti persembahan bertenaga daripada pasukan itu.
Penang FC benam KDN FC 3-0
Beraksi di hadapan 1,543 penyokong, Penang FC bermula garang seawal minit permainan menerusi beberapa percubaan ke arah pintu gol pasukan pelawat.