SKUAD Penang FC memperkenalkan penyerang dari Australia, Dylan Wenzel-Halls, sebagai pemain baharu yang akan memperkuatkan skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super 2024/2025 musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Brisbane Roar, Western United, dan Central Coast Mariners di Liga Utama Australia.

Sepanjang karier profesionalnya bersama tiga kelab itu dia beraksi dalam 115 perlawanan dan telah menjaringkan 23 gol.



Kemasukan pemain itu semestinya akan memberikan kelebihan buat pengendali Penang FC, Akmal Rizal, bagi menambah kekuatan di jentera serangan Penang. -- Stadium Astro