KUALA NERUS: Kerajaan negeri belum menerima sebarang cadangan daripada pihak pengurusan tertinggi Terengganu FC Sdn Bhd berhubung calon ketua jurulatih yang akan membimbing skuad Penyu musim depan.
Justeru, peluang untuk Nafuzi Zain kekal membimbing pasukan itu masih ada dan terbuka untuk rundingan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah.
Wan Sukairi berkata sebagai pihak berkepentingan dan ahli lembaga pengarah dalam organisasi itu, pihaknya sentiasa menilai dan memantau dari dekat perkembangan pasukan Terengganu FC (TFC).
"Sebagai ahli lembaga pengarah, kami membuat keputusan (calon ketua jurulatih) berdasarkan cadangan daripada barisan pengurusan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Ab Rasid Jusoh.
"Kita beri peluang dulu kepada pihak pengurusan untuk kemukakan apa-apa cadangan berserta justifikasi. Selepas itu kita akan bincang dan buat keputusan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai calon ketua jurulatih TFC musim depan selepas Nafuzi memberi bayangan akan beralih angin ke destinasi baharu memandangkan tiada tawaran lanjutan kontrak daripada majikannya sekarang.
BACA: Nafuzi beri bayangan tinggalkan skuad Penyu
Wan Sukairi berkata jika dinilai pencapaian dan prestasi semasa, Nafuzi masih layak diberikan tugas membimbing pasukan hitam putih musim depan.
Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa pihak pengurusan juga mempunyai perancangan terbaik untuk masa depan skuad Penyu.
"Kejayaan membawa TFC ke pentas akhir Piala FA selepas 11 tahun adalah satu pencapaian besar dan itu adalah merit untuk beliau (Nafuzi) kekal di sini.
"Saya memahami kebimbangan penyokong bola sepak negeri tentang isu ini dan serahkan kepada pihak pengurusan untuk memberi justifikasi sebelum membuat keputusan," katanya.
Wan Sukairi berkata beliau juga percaya bahawa pihak pengurusan telah mengambil kira risiko kemungkinan ramai pemain yang akan 'angkat kaki' meninggalkan TFC sekiranya skuad Penyu tidak lagi menggunakan khidmat Nafuzi sebagai ketua jurulatih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Peluang untuk Nafuzi Zain kekal membimbing pasukan itu masih ada dan terbuka untuk rundingan. - Foto BERNAMA
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.
Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain
Ketua pegawai eksekutif Terengganu FC Ab Rasid Jusoh mengeluarkan kenyataan media menjawab dakwaan Nafuzi.