KUALA LUMPUR: Wanita yang memilih kerjaya dalam bidang sukan, berdepan cabaran dan rintangan lebih besar untuk mencipta nama dalam bidang ini termasuk terpaksa membuat pilihan penting sama ada meneruskan karier sebagai atlet atau mendirikan rumah tangga.
Penerjun berpengalaman negara Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.
Mun Yee, 36, yang bakal membuat penampilan Sukan Olimpik kelima di Tokyo pada Julai depan, sebelum ini terpaksa menangguhkan perkahwinannya susulan penangguhan Olimpik selama setahun berikutan pandemik COVID-19.
"Pada usia 20-an, sangat susah untuk merancang mendirikan rumah tangga selain sangat sukar untuk kekalkan prestasi yang mula merudum. Atlet wanita juga menghadapi masalah untuk mengawal berat badan berbanding atlet lelaki," katanya kepada Bernama.
Atlet kelahiran Perak itu yang terlibat dalam sukan terjun sejak berusia 10 tahun, bagaimanapun bernasib baik apabila keluarganya sentiasa memberikan sokongan untuk menggapai cita-cita dalam sukan.
"Keluarga saya menggalakkan kerana mereka amat meminati sukan. Mereka kata jika saya mahu teruskan, terpulang, tetapi apa yang penting jika mahu lakukan sesuatu, buatlah secara serius," jelasnya.
Aksi di Tokyo berkemungkinan besar menjadi penampilan Olimpik terakhir bagi Mun Yee sebagai atlet, selepas membuat penampilan sulung lebih dua dekad lalu pada temasya Olimpik Sydney 2000, diikuti penampilan di Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Berpasangan dengan Pandelela Rinong, beliau memenangi pingat pertama untuk Malaysia dalam Kejohanan Dunia, iaitu pingat gangsa acara 10m platform seirama pada edisi 2009 di Rom, Itali, selain berjaya menaiki podium dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Kejohanan Dunia dan Sukan Asia serta Komanwel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021

Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi
Wakil New Zealand, Frazer Tavener, muncul pemenang pingat emas manakala Ikuma Senri dari Jepun memenangi gangsa.

Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia.

Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.

Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai
Bertrand semakin menghampiri misinya untuk menguasai kemahiran terjunan dengan darjah kesukaran 3.7 dan 3.6 di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.

Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama
Dhabitah akui tetap berasa tertekan kerana merasakan usianya cenderung kepada kecederaan.

Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan
Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat.

MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris
Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi atlet meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Hanis Nazirul tangguh hasrat ke Olimpik
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui beliau masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan acara papan anjal.