KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China dengan langkah kanan apabila menewaskan Australia 5-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, hari ini.
Rentak kecemerlangan skuad negara yang merupakan pilihan keempat kejohanan bermula apabila beregu campuran yang berada di ranking kelapan dunia Goh Soon Huat- Lai Shevon Jemie menewaskan gandingan Kenneth Zhee Choo-Gronya Someville 21-17,21-14 dalam masa 28 minit untuk mata pertama Malaysia.
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kemudian menepati ramalan apabila mudah mengutip mata kedua selepas mengalahkan Ricky Tang 21-3, 21-13 dalam tempoh 25 minit.
Sementara itu perseorangan wanita K. Letshanaa turut menyumbang mata ketiga skuad negara apabila membenam Tiffany Ho 21-19, 21-12.
Skuad negara mengutip mata keempat menerusi juara dunia, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menang mudah ke atas pasangan Rayne Wang-Jack Yu 21-7, 21-14 dalam masa 24 minit sahaja.
Dalam saingan akhir, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas mengalahkan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12, 21-13.
Sementara itu India memulakan kempen dengan perlawanan bertemu Taiwan dan setakat ini sedang mendahului 4-0 dalam kumpulan sama.
Malaysia bakal berdepan India pada pukul 5 petang esok manakala Taiwan pula menentang Australia juga esok bermula pukul 10 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, Pearly ketika mengulas mengenai kemenangannya berkata beliau sememangnya gembira kerana mampu menyumbang mata untuk skuad negara meskipun sudah sebulan tidak beraksi berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan.
"Saya rasa amat gembira, sebab dapat kembali dalam gelanggang dan bermain dengan baik, kerana saya rasa sudah hampir sebulan saya tidak sertai apa-apa pertandingan," katanya.
Mengikut format Piala Sudirman, hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kemudian menepati ramalan apabila mudah mengutip mata kedua selepas mengalahkan Ricky Tang 21-3, 21-13 dalam tempoh 25 minit. - Foto Facebook BAM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.