Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, Ahad.
Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman supaya menarik diri dari saingan Liga Malaysia seandainya wujud ketidakadilan dalam penilaian FAM pada perlawanan menentang Lions XII, Sabtu lepas.
"Kami sebenarnya akur dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar kalau perkara ini dilihat ada sedikit penyelewengan, maka kami akan tarik diri daripada Liga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PBSNT, di sini pada Isnin.
Hadir sama Timbalan Presiden Marzuki Sulong dan Setiausaha Agung PBSNT Arpin Draman.
BACA: Rusuhan selepas gagal ke final
BACA: FAM perlu ambil tindakan tegas insiden rusuhan di Terengganu - Khairy
BACA: Ketua jurulatih Terengganu, Rahman pertikai tindakan pengadil
Menurut Wan Ahmad Nizam, pihaknya menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin supaya FAM mengkaji secara terpeinci mengenai insiden itu.
Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Terengganu merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol keempat skuad Penyu.
Bernama
Tue May 19 2015

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Terengganu merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pengadil. - Gambar Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.

Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi
Difahamkan kontrak Nafuzi bersama skuad Penyu bakal tamat pada 30 Nov depan.

PBSNT kekalkan TFC II, tubuh jawatankuasa teknikal
Jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak Terengganu dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik.

Terengganu, T-Team berwajah baharu
PBSNT meneruskan hasrat menghantar hanya satu pasukan dalam saingan Liga Super, musim depan.

Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan
Tiada perancangan untuk Issey Farran Nakajima dalam pasukan dan status pemain tersebut akan dibawa berbincang dengan pihak pengurusan.

Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baru PBSNT, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri itu.

Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT
Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.

PBSNT anjur Liga Darul Iman 2013 buat tahun ke-3
Dalam usaha mencungkil pemain bakat baharu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan saingan Liga Darul Iman 2013.