Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebaliknya menyerahkan kepada persatuan itu untuk menentukan hala tujunya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Rozi Mamat berkata bola sepak adalah sukan popular di negara ini dan perkembangan serta prestasi pasukan sentiasa dalam perhatian peminat.
Pihaknya berharap barisan pengurusan yang dipilih mampu menyempurnakan impian penyokong serta kerajaan negeri.
“Bukan dalam soal pertandingan merebut jawatan presiden itu diletakkan sebagai satu agenda utama tapi bagi saya yang penting adalah PBSNT berada di landasan yang betul pada masa akan dating,” Kata Rozi.
Rozi yang ditemui di Kuala Berang berharap kemelut yang melanda PBSNT selama ini akan terlerai selepas pemilihan yang bakal berlangsung pada 14 September depan.
Kedudukan Datuk Che Mat Jusoh dijangka tergugat apabila Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Datuk Ahmad Nizam menawarkan diri bertanding.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menyatakan pendiriannya selepas dimaklumkan bahawa tarikh mesyuarat agong serta pemilihan pada 14 September depan.
Ia berikutan permohonan gabungan persatuan bolasepak daerah di negeri itu menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tarikh mesyuarat agong 2014 disegerakan.
Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh dikritik hebat pelbagai pihak selepas Terengganu gagal memenangi sebarang gelaran dan prestasi hambar sejak musim 2012.
Menjelang pembukaan tirai Piala Malaysia 2013, Rozi menyaran pasukan terengganu dan T Team Titans menumpukan usaha ke arah membentuk pasukan yang hebat dan berdisiplin tinggi.
Menurutnya,kedua dua pasukan perlu mewujudkan persaingan yang sihat dengan membuktikan keupayaan untuk merebut piala terakhir Liga Super musim ini.
Piala Malaysia amat bermakna kepada peminat bola sepak tanah air dan kerajaan negeri ingin melihat pasukan terbabit menyerlah dalam saingan merebut piala idaman.
“Pemain tidak sepatutnya memeberi pelbagai jenis alasan tetapi sepatutnya menyerahkannya kepada pihak pengurusan dan pasukan masing-masing untuk memperbetulkan kesalahan tersebut,” tamabh Rozi.
Menurut Rozi lagi, persiapan perlu dimantapkan kerana semua pasukan sudah bersedia dengan barisan terbaik masing masing.
T Team berada dalam Kumpulan B bersama Johor Darul Takzim,PKNS dan Felda United manakala Peteh diletakkan dalam kumpulan maut bersama Kelantan, Pahang serta Negeri Sembilan.
Terenganu menamatkan Liga Super ditangga ke-9 manakala T Team berada di tempat ke-10 selepas berhempas pulas menyelamatkan diri dari tersingkir ke Liga Perdana.
Astro Awani
Tue Aug 06 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT
Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.