PENGENDALI Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, menyatakan bahawa pemain import, Issey Farran Nakajima, yang masih mempunyai kontrak berbaki setahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), tiada dalam perancangannya.
“Sebaik sahaja dipertanggungjawabkan untuk membimbing pasukan ini, saya telah mengenal pasti pemain-pemain yang sesuai untuk menyarung jersi Terengganu.
“Penting untuk saya maklumkan bahawa tiada perancangan untuknya (Issey) di dalam pasukan dan akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai status pemain itu.
“Difahamkan Issey masih lagi bercuti dan saya tidak tahu siapa yang memberi kebenaran (cuti) sedangkan dia sepatutnya sudah menjalani latihan kerana masih mempunyai kontrak,” katanya.
Mula menyertai Terengganu pada 2015, pemain kelahiran Kanada itu berjaya menyakinkan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2017.
“Saya sudah mempunyai calon pemain import untuk kuota Asia namun masih perlu berbincang bersama Issey dan PBSNT untuk mendapatkan persetujuan bersama.
“Tidak dinafikan peminat-peminat di negeri ini begitu menyukai aksi Issey namun kepentingan pasukan Terengganu perlu diutamakan dan dia (Issey) tiada dalam perancangan saya,” katanya lagi.
Sementara itu pemain berusia 30 tahun, Mauricio Mazzetti, dari Argentina, tiba di negeri ini untuk bersama skuad Sang Penyu menghadapi saingan Liga Perdana, musim depan.
Pemain pertahanan itu akan menggantikan tempat Vincent Bikana, yang tidak disambung kontraknya.
Astro Arena
Sat Dec 24 2016
![Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482549443_IsseyFrranNakajima.jpg)
Bagaimanakah nasib Issey selepas ini? - Reuters
![Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720327774_MohamedSalahLiver.jpg)
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
![Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326808_ZakiZamani.jpg)
Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih
Tugas-tugas diagnosis masalah penagihan dadah bukanlah tanggungjawab hakiki yang perlu dilakukan pegawai perubatan.
Kes scam: Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA
Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
![Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326043_menteribesarselang.jpg)
Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi
Jejambat sepanjang 820 meter itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna lebuh raya ELITE dan SKVE.
Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim menambah pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Agong,Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
[TERKINI] KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
![Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720325550_MajlisSambutanMaal.jpg)
Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
Sultan Ibrahim bertitah perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549265581_ARSENAL.jpg)
Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin
Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.
!['Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger 'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525669454_ArseneMenger.jpg)
'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger tidak sabar untuk duduk bersama penyokong Arsenal dan menjerit kepada pengurus baru ketika perlawanan.
![VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018 VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524137222_VAR.jpg)
VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan.
![Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523443224_ongkimswee.jpg)
Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee
Malaysia B-23 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara Timur Tengah sebagai persiapan menjelang Sukan Asia 2018.
![Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81517897865_boladigital.jpg)
Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan
Pasukan negeri atau kelab perlu menggunakan platform digital sebagai medan perniagaan dan hubungan dengan penyokong mereka.
![JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018 JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81509889848_950x600.jpg)
JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018
Saingan musim depan mungkin aksi terakhir JDT dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
![Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489892071_DiegoCosta.jpg)
Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu bertelagah dengan pertahanan Stoke selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-17 kerana tidak berpuas hati apabila dikasari Bruno Martins Indi.
![Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488344978_ZlatanIbrahimovic.jpg)
Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telahpun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini.
![Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485671422_LuisEnrique.jpg)
Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.
![Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484445522_AlexisSanchez.jpg)
Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson
Kedua-dua pemain tersebut bakal tamat kontrak hujung musim depan dengan beberapa kelab sudah mula menunjukkan minat terhadap mereka.