Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim berkata dengan Malaysia berkemungkinan besar mendapat slot automatik bersaing dalam kejohanan utama, Liga Juara-juara AFC (ACL) pada 2019, skuad Harimau Selatan mahu memastikan aksi terakhir mereka pada Piala AFC 2018 adalah detik yang tidak dapat dilupakan.
Namun, Selangor akan menggantikan JDT sekiranya juara Piala Malaysia 2017 itu layak beraksi pada Liga Juara-juara AFC 2018, jika menewaskan pasukan dari Thailand, Muangthong United dalam perlawanan Pusingan Kedua, 23 Jan depan, serta pasukan tempat ketiga atau keempat Liga Jepun dalam aksi playoff kedua pada 30 Jan.
Pada undian Piala AFC 2018 berlangsung hari ini, JDT diundi dalam Kumpulan H (zon ASEAN) bersama-sama pasukan dari Indonesia, Persija Jakarta; Song Lam Nighe An FC (Vietnam) dan Tampines Rovers atau Geylang International dari Singapura, sambil Ismail menyedari pasukannya bakal berdepan cabaran sengit daripada kelab-kelab dari negara jiran itu.
"Kita tidak boleh ambil mudah saingan peringkat kumpulan ini kerana setiap pasukan mempunyai harapan tinggi untuk layak ke pusingan seterusnya dan kelab-kelab ini adalah pasukan baharu yang kita belum pernah bertemu sebelum ini, kecuali Tampines Rovers yang kita pernah menang.
"Tetapi dengan persiapan rapi dan barisan pemain baharu dibawa masuk, kita akan berjuang bermati-matian kerana pada 2019, kita mungkin beraksi di ACL. Kita perlu meneliti pasukan-pasukan ini, terutamanya Persija Jakarta dari segi permainan dan taktikal kerana mereka pasukan baharu yang kita tidak pernah bertemu," katanya kepada pemberita selepas majlis undian berkenaan di AFC House di sini, hari ini.
JDT muncul pasukan pertama dari Malaysia memenangi Piala AFC, selepas merangkul kejuaraan tersebut menewaskan kelab dari Tajikistan, Istiklol FC 1-0 pada final 2015.
Pada saingan ACL pula, JDT diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan, Kitchee FC (Hong Kong) dan pemenang aksi playoff 4 zon Timur mewakili China, Australia, Myanmar atau Filipina.
Ismail berkata JDT akan berjuang habis-habisan untuk layak beraksi pada kejohanan utama itu buat pertama kali, selepas gagal melepasi perlawanan playoff dalam kesemua tiga kempen sebelum ini, sejak musim 2015.
"Muangthong United sebuah pasukan yang kuat. Pada 2016 kita kalah menerusi sepakan penalti. Tahun ini kita bertemu lagi, saya berharap kita lebih bersedia pada kali ini kerana mereka pasukan yang hebat dan beraksi pada pentas ACL 2017.
"Kita akan mulakan latihan 18 Dis ini, dan dalam masa terdekat akan melengkapkan pendaftaran pemain. Pemain import terakhir dijangka menyertai pasukan dalam tempoh terdekat untuk memulakan persiapan bagi playoff ACL," katanya.
Pada musim 2016, JDT tumpas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti kepada Muangthong United selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pusingan awal, manakala pada 2017, juara empat kali Liga Super itu menewaskan Bangkok United 5-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam permainan sebenar, namun kalah 0-3 kepada kelab Jepun, Gamba Osaka dalam aksi playoff.
Undian Liga Juara-juara AFC 2018
BARAT
Kumpulan A: Al Jazira (UAE), Al Ahli Saudi FC (KSA), Tractorsazi Tabriz (IRN), pemenang playoff 3 zon Barat
Kumpulan B: Al Duhail SC (QAT), Al Wahda (UAE), PFC Lokomotiv (UZB), pemenang playoff 2 zon Barat
Kumpulan C: Persepolis FC (IRN), Al Sadd SC (QAT), Al Wasl (UAE), pemenang playoff 4 zon Barat
Kumpulan D: Al Hilal SFC (KSA), Esteghlal FC (IRN), Al Rayyan SC (QAT), pemenang playoff 1 zon Barat
TIMUR
Kumpulan E: Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR), Kitchee SC (HKG), pemenang playoff 4 zon Timur, pemenang playoff 2 zon Timur
Kumpulan F: Kawasaki Frontale (JPN), Ulsan Hyundai FC (KOR), Melbourne Victory (AUS), pemenang playoff 3 zon Timur
Kumpulan G: Guangzhou Evergrande FC (CHN), kelab nombor dua Jepun, Jeju United FC (KOR), Buriram United (THA).
Kumpulan H: Sydney FC (AUS), Shanghai Shenhua FC (CHN), Kashima Antlers (JPN), pemenang playoff 1 zon Timur
Undian Piala AFC 2018
BARAT
Kumpulan A: Malkiya Club (BAH), Al Jazeera (JOR), Air Force Club (IRQ), pemenang playoff zon Barat
Kumpulan B: Al Ahed FC (LIB), Manama Club (BAH), Al Jaish (SYR), Al Zawraa Club (IRQ).
Kumpulan C: Al Faisaly/ Al Wehdat (JOR), Al Ansar FC (LIB), Dhofar Club (OMA), Al Wahda (SYR).
TENGAH
Kumpulan D: FC Istikol (TJK), kelab utama Turkmenistan, FC Alay (KGZ), pemenang playoff zon Tengah
SELATAN
Kumpulan E: Aizawl FC/Mohun Bagan (IND), New Radiant SC (MDV), kelab nombor satu Bangladesh, pemenang playoff zon Selatan
TIMUR
Kumpulan I: 4.25 SC (PRK), Hang Yuen FC (TPE), Benfica Macau (MAC), pemenang playoff zon Timur
ASEAN
Kumpulan F: Kelab nombor satu atau ketiga Filipina, Home United (SGP), Shan United/Yadanarbon (MYA), pemenang playoff ASEAN
Kumpulan G: Bali United/Madura United (INA), kelab nombor dua Filipina, FLC Thanh Moa/Hanoi FC (VIE), Yangon United (MYA).
Kumpulan H: Tampines Rovers/ Geylang International (SGP), Persija Jakarta (INA), JDT/Selangor (MAS), Song Lam Nighe An FC (VIE).
-- Bernama
Bernama
Wed Dec 06 2017

Pasukan JDT meraihkan kejayaan mereka setelah menewaskan Kedah 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia 2017 pada 4 Nov lalu. - Astro AWANI

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin
Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.

'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger tidak sabar untuk duduk bersama penyokong Arsenal dan menjerit kepada pengurus baru ketika perlawanan.

VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan.

Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee
Malaysia B-23 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara Timur Tengah sebagai persiapan menjelang Sukan Asia 2018.

Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan
Pasukan negeri atau kelab perlu menggunakan platform digital sebagai medan perniagaan dan hubungan dengan penyokong mereka.

JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018
Saingan musim depan mungkin aksi terakhir JDT dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.

Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu bertelagah dengan pertahanan Stoke selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-17 kerana tidak berpuas hati apabila dikasari Bruno Martins Indi.

Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telahpun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini.

Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.

Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson
Kedua-dua pemain tersebut bakal tamat kontrak hujung musim depan dengan beberapa kelab sudah mula menunjukkan minat terhadap mereka.