KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta bekas pemain Terengganu FC (TFC) Faisal Halim menghantar surat rasmi kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak berkenaan.
Ia susulan kenyataan pemain kebangsaan itu yang mendakwa bahawa gaji terakhir beliau dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.
Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PBSNT Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan pihak lain termasuk media.
"Beliau (Faisal) boleh merayu... tidak ada masalah. Kita boleh bincang, mungkin ada sedikit salah faham," katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT 2022 di sini, semalam.
Bagaimanapun Ahmad Samsuri membidas tindakan Faisal yang sering membuat kenyataan berunsur kontroversi kepada media dan hantaran berbaur tohmahan di media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan TFCSB.
Katanya tindakan itu menyalahi peraturan kelab yang melarang pemain membuat kenyataan terbuka kepada media atas sesuatu isu ketika masih bersama pasukan.
"Kita mahu selesai secara baik, cuma kena sedar yang salah tetap salah. Setakat ini perkara tersebut tidak memberi impak kepada reputasi kelab," katanya.
Konflik antara pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu dengan TFCSB bermula apabila Faisal secara terang-terangan mengkritik tahap profesional kelab tersebut yang lambat menawarkan lanjutan kontrak kepada bekas ketua jurulatih TFC Nafuzi Zain yang akhirnya menolak tawaran itu.
Faisal yang ketika itu masih terikat dengan kontrak mendakwa kelewatan pihak pengurusan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dengan Nafuzi bagi musim 2023.
Terbaru, Faisal mendakwa beliau dianiaya pihak pengurusan TFCSB yang memotong gaji terakhirnya sebanyak 15 peratus tanpa makluman atau arahan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab sebagaimana prosedur biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
![PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672075183_FaisalAbdulHalim.jpg)
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB. -Gambar fail/Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672075183_FaisalAbdulHalim.jpg)
PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.
![Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660024663_NafuziZain.jpg)
Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi
Difahamkan kontrak Nafuzi bersama skuad Penyu bakal tamat pada 30 Nov depan.
![PBSNT kekalkan TFC II, tubuh jawatankuasa teknikal PBSNT kekalkan TFC II, tubuh jawatankuasa teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533765013_PBSNT.jpg)
PBSNT kekalkan TFC II, tubuh jawatankuasa teknikal
Jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak Terengganu dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik.
![Terengganu, T-Team berwajah baharu Terengganu, T-Team berwajah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511252991_Tteam.jpg)
Terengganu, T-Team berwajah baharu
PBSNT meneruskan hasrat menghantar hanya satu pasukan dalam saingan Liga Super, musim depan.
![Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482549443_IsseyFrranNakajima.jpg)
Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan
Tiada perancangan untuk Issey Farran Nakajima dalam pasukan dan status pemain tersebut akan dibawa berbincang dengan pihak pengurusan.
![Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51431994719_295x200.jpg)
Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
![Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/51379384646_295x200.jpg)
Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baru PBSNT, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri itu.
![Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41375774873_295x200.jpg)
Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT
Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.
![PBSNT anjur Liga Darul Iman 2013 buat tahun ke-3 PBSNT anjur Liga Darul Iman 2013 buat tahun ke-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368952844_295x200.jpg)
PBSNT anjur Liga Darul Iman 2013 buat tahun ke-3
Dalam usaha mencungkil pemain bakat baharu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan saingan Liga Darul Iman 2013.