Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menafikan dakwaan bahawa badan induk itu tidak melakukan usaha untuk membawa pengadil profesional dari luar negara bagi mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM telah mengambil langkah awal dengan menghantar surat permohonan kepada tiga negara - Jepun, Australia dan Thailand - pada Mei lepas, untuk melihat potensi dan tahap ketersediaan pengadil di ketiga-tiga negara berkenaan.
Beliau berkata hanya set pengadil memiliki kualititi pengadilan terbaik dalam kalangan tiga negara itu akan dipilih bagi mengendalikan perlawanan akhir tersebut.
"Saya nafikan FAM belum ada usaha membawa pengadil dari luar untuk final Piala FA nanti. FAM sudah berkomunikasi dan menghantar permohonan kepada tiga negara untuk memastikan kemungkinan ada pengadil dari luar negara bagi final Piala FA.
"Tetapi FAM belum menerima maklum balas dari ketiga-tiga negara tersebut sebab mereka (badan induk bola sepak negara terlibat) mungkin belum memutuskan pengadil mana untuk disenarai memandangkan saingan liga masih berjalan di negara-negara itu," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2019, mengesahkan khidmat pengadil profesional luar negara tidak akan digunakan pada aksi final tersebut.
Mengulas lanjut, Stuart menegaskan FAM akan memastikan pengadil dipilih itu memiliki kelayakan terbaik dalam usaha memenuhi hasrat peminat bola sepak tanah air yang ingin melihat tahap mutu pengadilan berkualiti dalam sesebuah perlawanan berintensiti tinggi di negara ini.
"Kita mahukan pengadil dipanggil itu nanti, boleh menyumbang sesuatu yang positif kepada final Piala FA tersebut. Kita tidak akan terima nama sahaja tanpa buat penilaian terperinci dan persetujuan mengenai tahap kualiti pengadil berkenaan.
"Tidak semestinya apabila bercakap pasal pengadil di Jepun, Australia dan Thailand, mereka (tiga negara) semua terbaik dan mempunyai kelebihan daripada pengadil tempatan," tambah beliau.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Md Dali Wahid berkata pengumuman dibuat Mohd Shazli itu berpunca daripada salah faham.
"Ketika mesyuarat semalam, kita belum menerima jawapan dari ketiga-tiga negara itu, jadi mungkin sebab itu timbulnya salah faham tersebut," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2019

STUART: Saya nafikan FAM belum ada usaha membawa pengadil dari luar untuk final Piala FA nanti.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.