KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya bakal berhadapan cabaran hebat dalam kejohanan Piala AFF 2020 apabila diundi bersama juara bertahan Vietnam dan saingan utama Indonesia dalam Kumpulan B.
Turut diundi dalam kumpulan itu ialah Kemboja dan Laos dalam edisi ke-13 kejohanan berprestij bola sepak Asia yang dijadualkan bermula dari 5 Dis tahun ini sehingga 1 Jan tahun depan.
Pasukan yang paling berjaya di dalam kejohanan itu, Thailand akan menjadi pilihan utama Kumpulan A yang terdiri daripada Myanmar, Filipina dan Singapura dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste, dalam format perlawanan tunggal kali ini.
Acara pengundian berlangsung secara maya dan strim langsung dalam saluran YouTube rasmi kejohanan Piala AFF Suzuki. Hanya dua pasukan teratas di peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Dalam edisi sebelumnya dalam 2018, Malaysia di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe muncul naib juara selepas tewas dengan agregat 2-3 pada final.
Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mejar Jen Khiev Sameth semasa ucapan pembukaan berkata kejohanan itu akan berlangsung dalam venue berpusat kali ini berikutan ancaman pandemik COVID-19 berbanding dengan format timbal balik di gelanggang sendiri dan lawan dari peringkat kumpulan hingga ke final, sebelum ini.
Kejohanan ini yang sepatutnya berlangsung tahun lepas, ditangguhkan setahun kerana pandemik COVID-19.
Malaysia memenangi piala itu hanya sekali pada 2010 sejak kejohanan dwitahunan itu bermula pada 1996 dan menjadi naib juara dalam 1996, 2014 dan 2018 dan merupakan antara empat negara yang menjuarai kejohanan itu.
Thailand merupakan pasukan paling berjaya dengan lima kejuaraan (1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016) diikuti Singapura dengan empat kejuaraan (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam (2008 dan 2018).
Senarai penuh undian
------------------------------
Pusingan kelayakan: Brunei lwn Timor-Leste.
Pusingan akhir:
Kumpulan A: Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang pusingan kelayakan.
Kumpulan B: Vietnam, MALAYSIA, Indonesia, Kemboja dan Laos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021

Harimau Malaya bakal berhadapan cabaran hebat dalam kejohanan Piala AFF 2020 apabila diundi bersama juara bertahan Vietnam dan saingan utama Indonesia dalam Kumpulan B. - Foto Facebook/AFF Suzuki Cup

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.