PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan pasukan pencabar utama dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada saingan Pestabola Merdeka 2024, September depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata pasukan daripada Balang 1 dan 2 Kelayakan Piala Asia akan dijemput berentap pada kejohanan itu bagi mempersiapkan skuad bimbingan Kim Pan Gon menjelang aksi kelayakan Piala Asia.
"Kita akan anjur Pestabola Merdeka dengan menjemput empat pasukan...tapi kita belum putuskan (pasukan mana), bulan depan akan hantar jemputan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 di Wisma FAM di sini hari ini.
Berdasarkan ranking semasa, Malaysia menjadi pasukan terbaik daripada Balang 2 bersama Filipina, Turkmenistan, Afghanistan, Singapura dan Yaman manakala Syria, Tajikistan, Thailand, Vietnam, Lubnan dan India berada di Balang 1.
Hong Kong, Taiwan, Maldives, Myanmar, Nepal dan Bangladesh pula mengisi Balang 3 manakala Bhutan, Laos, Pakistan dan tiga pemenang 'play-off' akan berada dalam Balang 4.
Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan Tajikistan, India dan Palestin dijemput beraksi di kejohanan berkenaan dengan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas dikecewakan Tajikistan di pentas final Oktober tahun lepas.
Dalam pada itu Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata Harimau Malaya bakal berdepan perlawanan persahabatan pada jendela perlawanan antarabangsa Oktober ini dengan pasukan yang dipilih juga merupakan skuad daripada Balang 1 dan 2 Kelayakan Piala Asia 2027.
Beliau pada masa sama memuji prestasi skuad Harimau Malaya yang berjaya meraih 10 mata dalam Kumpulan D meskipun gagal melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Mengulas mengenai status Pan Gon, Mohd Yusoff berkata Ketua Jurulatih skuad kebangsaan itu akan terus mengemudi skuad Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya tahun depan.
"Setakat ini tiada perbincangan lain dengan jawatankuasa pengurusan kebangsaan atau jurulatih sendiri (mengenai Pan Gon), kita akan mengikut kontrak sedia ada, sampai tahun depan.
"Kontrak kita akan kekalkan, jadi apa-apa pertandingan sebelum tamat kontrak akan diteruskan Pan Gon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Noor Azman berkata pasukan daripada Balang 1 dan 2 Kelayakan Piala Asia akan dijemput berentap pada kejohanan itu bagi mempersiapkan skuad bimbingan Kim Pan Gon menjelang aksi kelayakan Piala Asia. - Gambar fail

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya tagih sokongan peminat tamatkan kemarau
Malaysia berpeluang menamatkan kemarau 11 tahun apabila berdepan Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 esok.

Pestabola Merdeka: Peluang terhidang harus diterjemah kepada jaringan - Pau Marti
Pau Marti, berpandangan Malaysia harus menggunakan setiap peluang terhidang untuk melakar kemenangan dalam aksi penentuan bertemu Lubnan.

Vicente anggap kemenangan Harimau Malaya ke atas Filipina langkah penting
Pau Marti Vicente menganggap kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 malam tadi sebagai langkah penting.

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final, tundukkan Filipina 2-1
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama.

'Harimau Malaya bermain untuk penyokong' - Syamer
Skuad Harimau Malaya akan tampil dengan persembahan terbaik untuk kembali menambat hati penyokong pada aksi Pestabola Merdeka menentang Filipina.

Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.

Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.