Ini selepas ekor Harimau Malaya itu memuat naik status Curva Off Pestabola Merdeka 2024 43 #Reset Bolasepak Malaysia di laman sosial pemain ke-12, Harimau Malaya tersebut.
"Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!" tulis UM 07.
Turut senada dan berpendirian sama beberapa sub Ultras Malaya seperti Elephant Army bersatu dalam memboikot Pestabola Merdeka Edisi 2024.
"Kami dari Elephant Army mengambil pendirian untuk memboikot Pestabola Merdeka Edisi 2024, atas dasar kekecewaan kami terhadap kegagalan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menguruskan hal ehwal serta isu berkaitan bola sepak negara," tulis EA di laman sosial mereka.
Sub Ultras Malaya, City Boys pula menegaskan FAM sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada perlawanan liga yang sedang berlangsung.
"Banyak perkara yang merumitkan pasukan dalam Liga Super dan lain-lain yang tidak mengambil kisah. Ini sekali gus memberi kesan kepada pemain," tulis City Boys.
Pestabola Merdeka Edisi 2024 edisi ke-43, Malaysia diundi bertemu Filipina sementara juara bertahan Tajikistan berdepan Lubnan dalam aksi separuh akhir pada 4 September sebelum pemenang berentap dalam perlawanan akhir empat hari kemudian. - Sinar Harian