Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi medan buat Malaysia beraksi dalam aksi penentuan Pestabola Merdeka apabila mereka gagal menjulang trofi pada edisi terdahulu.
Kali terakhir Malaysia bergelar juara pada edisi 2013, dan ini menjadi peluang Malaysia untuk berdepan Lubnan dan mengintai misi untuk kembali merangkul gelaran.
"Kesemua pemain berada di tahap terbaik, cuma Afiq Fazail yang berdepan kecederaan daripada perlawanan ketika berdepan Filipina tempohari,
"Secara keseluruhan, kami cuba memastikan barisan serangan dan pertahanan seimbang dalam usaha memastikan kemenangan.
"Malaysia perlu lebih agresif dan perkara paling penting adalah menghasilkan peluang.
"Ketika bertahan, kami harus berwaspada ancaman pasukan lawan dan cuba mengelak daripada dibolosi," katanya dalam sidang media hari ini. -- Stadium Astro