KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menepis dakwaan bahawa badan induk itu tidak membantu persediaan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi dua aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Oman, bulan lepas.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan, fasa persediaan kurang ideal yang dilalui skuad bimbingan Kim Pan Gon ketika itu adalah disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Hamidin berkata, isu yang dihadapi ketika itu adalah para pemain tidak dapat dikumpulkan di luar kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Justeru, hal itu mempengaruhi perancangan asal untuk menghantar skuad kebangsaan menjalani kem latihan pusat dan bermain dua perlawanan persahabatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Kim Pan Gon minta untuk pergi ke UAE atau mana-mana untuk bermain dua aksi persahabatan dengan kelab (di UAE), kita cari, tetapi ketika kita tengah berunding (ada) beberapa kelab (tempatan) tak nak bagi (lepaskan pemain), tak kan lima orang nak pergi... kita memang nak pergi awal (ke UAE).
"Saya juga cakap dengan Kim Pan Gon kalau boleh tak nak lawan dengan kelab, nak lawan dengan negara tetapi masa itu di luar kalendar perlawanan antarabangsa FIFA... (dan) disebabkan itu kita pergi awal ke Oman," katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-60 di Subang Jaya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan dua kekalahan kepada Oman adalah disebabkan segala permintaan Pan Gon tidak ditunaikan seperti dinyatakan dalam 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan FAM, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai permintaan Pan Gon supaya saingan Liga Malaysia 2024/2025 diawalkan berbanding bermula pada Mei, Hamidin berkata, harapan itu tidak dapat ditunaikan kerana tandakan berkenan mampu merencatkan segala persediaan yang telah dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FIFA; Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 antaranya menyatakan bahawa adalah tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar kalendar perlawanan antarabangsa.
Menjelang pertemuan dengan Oman bulan lepas, sebahagian daripada keseluruhan 33 pemain negara melapor diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya yang bermula 8 Mac lewat kira-kira seminggu disebabkan komitmen bersama kelab masing-masing.
Anak buah Pan Gon yang dibelenggu isu kekurangan 'match fitness' gagal menyaingi kehebatan Oman yang menyaksikan Malaysia mengalami dua kekalahan 0-2 berturut-turut di Muscat pada 21 Mac diikuti di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 26 Mac.
Dua kekalahan itu menyaksikan Malaysia jatuh ke kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan D, ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan dan Oman yang mengumpul sembilan mata di posisi dua teratas sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Situasi itu membuatkan Malaysia berdepan misi wajib menang dalam baki dua perlawanan menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun depan dalam usaha layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat lebih awal ke Piala Asia 2027 selaku dua pasukan teratas kumpulan. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Hamidin menyifatkan fasa persediaan kurang ideal yang dilalui skuad bimbingan Kim Pan Gon ketika itu adalah disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. - Gambar Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.

Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.