PERLAWANAN Ligue 1 di antara Nice dan Marseille ditangguh sebelum dibatalkan selepas Dimitri Payet mencampakkan semula botol minuman ke arah penyokong hingga mendorong peminat tuan rumah menyerbu padang.
Rakaman menunjukkan Payet diserang oleh objek dari arah belakang berhampiran penjuru padang dalam separuh masa kedua ketika Nice mendahului menerusi gol Kasper Dolberg pada minit ke-49.
Bintang Marseille itu kemudian bertindak melemparkan kembali botol tersebut ke penyokong sebelum satu lagi objek menyusul sambil rakan sepasukannya bertindak balas ke arah penyokong.
Peminat kemudian bertindak melepasi pengawal keselamatan dan meluru ke padang hingga mencetuskan keadaan huru-hara.
Pengadil mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan itu sambil kakitangan keselamatan berusaha untuk memulihkan ketenteraman, tetapi peminat masih mencerobohi padang termasuk ketika pemain menuju ke terowong stadium.
Kedua-dua belah pasukan akhirnya dibawa ke bilik persalinan hampir sejam sebelum pemain Nice kembali ke padang untuk memanaskan badan dengan permainan tampak akan disambung semula.
Pegawai perlawanan mahu memulakan perlawanan di penjuru padang Marseille tetapi oleh kerana pelawat tidak kembali ke padang dan enggan meneruskan permainan, pengadil terpaksa menamatkan perlawanan itu.
Presiden Marseille, Pablo Longoria, memberitahu RMC Sport: "Kami memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan demi keselamatan pemain kami.
"Penganjur memutuskan untuk menyambung perlawanan kerana berkaitan masalah ketenteraman awam. Ia tidak dapat diterima oleh kami. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk tidak menyambung semula pertemuan ini."
Astro Arena
Mon Aug 23 2021

Peminat bertindak melepasi pengawal keselamatan dan meluru ke padang hingga mencetuskan keadaan huru-hara. - Astro ARENA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.

Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG
PSG membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan apabila Goncalo Ramos melakukan hantaran buat Lee Kang-in.

Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.

Bordeaux dihumban ke kancah ketiga Perancis
Juara Perancis enam kali itu menghabiskan dua musim terakhir dalam Ligue 2 dan menamatkan saingan itu di tangga tercorot pada 2021-22.

Mbappe rai hari lahir ke-25 dengan dua gol menentang Metz
Kylian Mbappe meraikan hari lahirnya ke-25 dengan dua gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Metz 3-1 dalam Ligue 1.

Mbappe pacu kemenangan dramatik PSG
Ketiadaan Donnarumma yang dilayangkan kad merah pada minit ke-10 diganti penjaga gol muda, Arnau Tenas yang melakukan penampilan sulung.

Ligue 1: Hatrik Kylian Mbappe bawa PSG kembali ke puncak
Kylian Mbappe menjaringkan hatrik ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Reims 3-0 awal pagi tadi.

Ligue 1: PSG makin selesa di bawah kendalian Enrique
Luis Enrique seronok melihat PSG merampas persada Ligue 1 selepas kemenangan 3-0 ke atas Montpellier.

Mbappe selamatkan maruah PSG
Kapten Perancis itu disenaraikan semula dalam pasukan setelah keengganannya untuk menyambung kontrak.

Lionel Messi terpilih Pemain Asing Paling Bernilai Ligue 1
Pemenang Piala Dunia FIFA 2022 itu memenangi lebih 52 peratus undian dalam perundingan yang dilancarkan oleh liga di Twitter.