PARIS Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan dramatik terpaksa beraksi 10 pemain selepas penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dibuang padang ketika menewaskan Le Havre 2-0 dalam aksi Ligue 1 di laman lawan awal pagi Isnin.
Ketiadaan Donnarumma yang dilayangkan kad merah pada minit ke-10 diganti penjaga gol muda, Arnau Tenas yang melakukan penampilan sulung buat pemain berusia 20 tahun itu.
Di sebalik kemenangan hasil jaringan Kylian Mbappe dan Vitinha, PSG dipaksa bekerja keras mengekang asakan tuan rumah dan kejayaan itu meletakkan skuad bimbingan Luis Enrique di takhta liga berkelebihan empat mata berbanding Nice di tangga kedua.
“Saya amat bangga dengan apa yang dipamerkan para pemain. Mentaliti, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perkara berbeza yang berlaku ketika perlawanan dan semangat juang pasukan," ujar Enrique.
Kurang seorang pemain tidak membuatkan PSG berputus asa apabila Mbappe membuka tirai jaringan pada minit ke-23 sekali gus menjadi gol ke-15 buatnya dalam aksi liga musim ini.
PSG bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke penghujung perlawanan untuk mengesahkan kemenangan mereka menerusi jaringan pemain tengah Portugal, Vitinha ketika permainan sebenar berbaki satu minit.
“Kami mempamerkan keazaman untuk bertahan lebih baik berbanding biasa.
“Kami tidak membuka banyak peluang kepada lawan dan apa yang kami lepaskan diselamatkan Arnau (Tenas),” kata Enrique. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 04 2023

Kylian Mbappe (kiri) cuba disaing pemain lawan Arouna Sangante ketika perlawanan Ligue 1 antara Le Havre dan Paris St Germain di Stade Oceane, Le Havre, Perancis, 3 Dis 2023. - REUTERS

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.

UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.

JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).

TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.

Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.

Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin
Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA, kata Retailleau.

Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG
PSG membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan apabila Goncalo Ramos melakukan hantaran buat Lee Kang-in.

Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG
Mbappe memberikan notis rasmi kepada PSG untuk kelab itu melunaskan tunggakan gaji bernilai 85 juta pound yang masih belum dibayar.

PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari
Mbappe mendakwa bahawa bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), masih belum melunaskan gaji serta bonus bulan April sejak Februari lalu.

Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.