BORDEAUX akan beraksi dalam kancah ketiga bola sepak Perancis musim depan selepas cadangan pengambilalihan oleh pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG), gagal.

Juara Perancis enam kali itu yang kali terakhir memenangi Ligue 1 pada 2008-09 telah menghabiskan dua musim terakhir dalam Ligue 2 dan menamatkan saingan itu di tangga tercorot pada 2021-22.

Mereka menduduki tempat ke-12 di bawah kendalian bekas pemain sayap Liverpool dan Sepanyol, Albert Riera, pada penggal lalu.

Bagaimanapun, masalah kewangan jangka panjang mereka memuncak, menyaksikan Direction Nationale du Controle de Gestion (DNCG) mengesyorkan mereka diturunkan ke Championnat National.


Bordeaux berjaya merayu sekatan yang sama pada 2022 tetapi memandangkan FSG menarik diri daripada perbincangan mengenai pengambilalihan, mereka akan menjalani hukuman itu menjelang 2024-25.