Perak terus mengukuhkan cengkaman di tangga kedua Liga Super selepas melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Skuad diberi jolokan 'The Bos Gaurus' itu bermula garang dengan mendahului 2-0 selepas perlawanan hanya berlangsung 11 minit, hasil jaringan pemain import Gilmar Jose Da Silva pada minit ketujuh diikuti gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Wander Luiz, selang empat minit kemudian.
Perak terus menambah derita skuad 'The City Boys' menerusi jaringan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-17 dan Mohd Nazrin Mohd Nawi (minit ke-36) sebelum menamatkan pesta gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Gilmar Jose pada masa kecederaan separuh masa kedua, manakala gol sagu hati Kuala Lumpur dijaringkan penyerang prolifik, Guilherme De Paula pada minit ke-46.
Kemenangan malam tadi meletakkan Perak yang mengumpul 35 mata selesa untuk menamatkan saingan musim ini, di tempat kedua sekiranya berjaya mengutip empat mata daripada baki dua aksi selepas ini.
Sementara itu di Stadium Perak, Ipoh menyaksikan gol tunggal Muhammad Faris Ramli pada minit keempat membantu PKNS FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNP FC, sekali gus melonjakkan pasukan itu ke tangga ketiga carta.
Turut mengutip tiga mata adalah pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan yang mengejutkan Selangor 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Gol pertama Negeri Sembilan dijaringkan Nicolas Leandro Velez pada minit ke-12, namun Selangor bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Rufino Segovia.
Bagaimanapun, Fabio Junior kembali meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-17 sebelum Nicolas Leandro Velez mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan menerusi gol ketiga pada minit ke-74.
Dalam pada itu, Melaka gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila terikat 2-2 berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat.
Pahang terlebih dahulu di hadapan pada minit kelapan menerusi Issey Farran Morgan Nakajima sebelum R. Gopinathan menyamakan kedudukan pada minit ke-15.
Pasukan tuan rumah kemudian mendahului 2-1 hasil jaringan Yahor Zubovich pada minit ke-24, namun pada masa kecederaan separuh masa pertama Pahang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Amamchi Augustine Iwuji
Sementara itu dalam saingan Liga Premier, pasukan yang berada di tangga kedua carta, Felcra FC dikejutkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) II menerusi kekalahan 1-2 di Stadium Shah Alam.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang import dari Brazil, Casagrande pada minit ke-12, namun skuad Harimau Selatan berjaya bangkit menerusi jaringan pemain import dari Argentina, Nicolas Fernandez lapan minit kemudian dan jaringan Amer Saidin (minit ke- 40).
Sabah pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan menentang Pulau Pinang di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Di Stadium Shah Alam, jaringan sendiri pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohamad Hariz Fazrin Mohd Nazri pada minit ke-70 menghadiahkan tiga mata penuh kepada UiTM FC.
Terdahulu, UiTM FC membuka jaringan seawal minit kedua menerusi pemain import dari Korea Selatan, Noh Sang Min, sebelum PDRM menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake pada minit ke-67.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 18 2018

Pemain Perak, Gilmar Jose menyepak bola ketika penalti ke gawang gol Kuala Lumpur pada aksi Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.