KUALA LUMPUR: Hukuman penggantungan pemain sayap sensasi Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim wajar menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama pemain profesional dalam membuat sebarang kenyataan.
Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Mohd Safee Sali berkata pemain profesional perlu menggunakan platform media secara bijak dan berhemah, sekali gus menuntut etika berdepan media diberi penekanan dalam proses pembangunan pemain di negara ini.
"Sebenarnya bagus juga apa yang berlaku, ini membuka mata semua pihak dan pemain sendiri macam mana nak menghadapi media.
"Dalam bola sepak sebagai seorang pemain profesional bukan sekadar bermain tetapi untuk (juga) bercakap dengan media dan mengeluarkan kenyataan di media sosial mesti ada pendidikan. Perkara ini perlu ada dalam sistem pembangunan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Khamis.
Pada Rabu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Mohamad Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Pemain penting skuad Harimau Malaya berusia 25 tahun itu didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataannya ketika sesi temu ramah media selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu 27 April lepas.
Mengikut keputusan, Mickey digantung empat bulan (25 Julai ini hingga 21 Nov), namun beliau hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos) dengan penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguhkan, tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula 24 Ogos.
Dalam pada itu, Mohd Safee yang merupakan bekas pemain kebangsaan berkata pemain perlu akur dengan hukuman dikenakan sekiranya didapati melanggar peraturan, selain percaya ia akan memberi pengajaran berguna kepada pemain terbabit.
"Saya pernah digantung tapi bukan sebab keluarkan kenyataan di media, kerana tingkah laku tidak baik ke atas pengadil dan saya digantung selama sebulan. Bagi saya kita perlu hormat undang-undang, apa yang berlaku beri pengajaran kepada saya dan saya percaya Mohamad Faisal juga," katanya.
Sementara itu, legenda negara Datuk Jamal Nasir mengingatkan para pemain supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan berharap penggantungan Mickey menjadi suatu peringatan.
Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan berusia 68 tahun itu berkata sebarang penggantungan pemain akan memberi impak bukan sahaja kepada pemain itu, malah perjalanan pasukan dalam mengharungi musim yang mencabar turut terencat.
"Jadikan hukuman ke atas Mohamad Faisal sebagai contoh untuk lihat relevan ataupun tidak untuk beri komen ke atas sesuatu perkara seperti keputusan pengadil dan sebagainya. Bila kita kalah kita kena terima kekalahan, kita perlu muhasabah diri sendiri dan pasukan.
"Pemain kena fikir impak tindakannya kepada pasukan, kalau dia tahu dia pemain yang regular (sering diturunkan dalam perlawanan) dan memang pemain utama pasukan, anda patut lebih bijak daripada yang lain," katanya.
Mengulas lanjut, Jamal yang juga Ahli Jawatankuasa Teknikal FAM berkata badan induk itu boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, selain hukuman penggantungan merupakan tindakan lazim ke atas mereka yang bersalah.
"Bukan pemain saja, jurulatih dan pengurus pun pernah kena gantung. Pemain atau mana-mana individu perlu lapor kepada persatuan atau kelab supaya kelab beri surat bertulis kepada FAM, kemudian FAM akan ambil tindakan, itu yang dibuat selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
![Penggantungan Mickey perlu jadi pengajaran Penggantungan Mickey perlu jadi pengajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671754989_SelangorFC.jpg)
Mickey digantung empat bulan (25 Julai ini hingga 21 Nov), namun beliau hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos). - Foto fail/Stadium Astro
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733885273_axiata.jpg)
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
![Pemilihan Bersatu bahagian Jasin 'dibekukan' susulan penggantungan Pemilihan Bersatu bahagian Jasin 'dibekukan' susulan penggantungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729508021_sayapbersekutubers.jpg)
Pemilihan Bersatu bahagian Jasin 'dibekukan' susulan penggantungan
Pemilihan Bersatu Bahagian Jasin 'dibekukan' buat sementara waktu susulan penggantungan jawatankuasa bahagian tersebut baru-baru ini, kata Setiausaha Bersatu Melaka Azzaruddin Idris.
![Saya bukan penipu - Pogba mahu kembali ke lapangan Saya bukan penipu - Pogba mahu kembali ke lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675309412_TBFOOTBALL.jpg)
"Saya bukan penipu" - Pogba mahu kembali ke lapangan
Pogba menegaskan dia bukan penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung.
![Yazan Al-Arab harap dapat kembali ke Malaysia Yazan Al-Arab harap dapat kembali ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705400639_YazanAlArab.jpg)
Yazan Al-Arab harap dapat kembali ke Malaysia
Bek tengah Jordan itu berharap agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik penggantungan seumur hidup yang dikenakan terhadapnya.
![Sazali Samad mahu bangkit selepas jalani penggantungan lapan tahun Sazali Samad mahu bangkit selepas jalani penggantungan lapan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703996537_SazaliSamad.jpg)
Sazali Samad mahu bangkit selepas jalani penggantungan lapan tahun
Juara dunia Mr Universe 10 kali itu mahu bangkit menjadi antara pencabar utama sukan bina badan dunia.
![Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Boustead Plantations Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Boustead Plantations](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696220466_TBBoustead.jpg)
Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Boustead Plantations
Bursa Malaysia telah menggantung jualan singkat sekuriti Boustead Plantations Bhd sepanjang hari di bawah jualan singkat harian (IDSS).
![Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694839341_HanisNadiah.jpg)
Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress
Penyerang skuad hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn bersyukur dapat membuktikan semula sentuhannya pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
!['Liverpool 2.0 dalam pembikinan' 'Liverpool 2.0 dalam pembikinan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694134197_TBVirgilvanDijk.jpg)
'Liverpool 2.0 dalam pembikinan'
Pemain pertahanan itu yakin masih banyak yang beliau boleh tawarkan kepada kelab dan negara, selepas bergelut dengan prestasi musim lalu.
!['Mickey' lega dipanggil, janji tampil lebih bertenaga 'Mickey' lega dipanggil, janji tampil lebih bertenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691206782_MohamadFaisalAbdul.jpg)
'Mickey' lega dipanggil, janji tampil lebih bertenaga
Dorongan orang ramai terutama ahli keluarga dan rakan-rakan sepasukan di Selangor FC, membantu Mohamad Faisal dalam usahanya mengekalkan prestasi.
![Penggantungan Mickey perlu jadi pengajaran Penggantungan Mickey perlu jadi pengajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671754989_SelangorFC.jpg)
Penggantungan Mickey perlu jadi pengajaran
Pemain profesional perlu guna platform media secara bijak dan berhemah, sekali gus menuntut etika berdepan media diberi penekanan.