KUALA LUMPUR: Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menyifatkan barisan pemain skuasy negara memerlukan lebih banyak pendedahan menerusi penyertaan dalam kejohanan peringkat antarabangsa bagi mencapai tahap permainan sepertinya.
Nicol yang merupakan pemegang rekod pemain wanita paling lama berada di ranking nombor satu dunia selama 112 bulan sejak 2006 berkata ia juga membolehkan mereka mendapat pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu pemain untuk memperbaiki prestasi semasa.
"Secara keseluruhan tahap permainan pemain skuasy negara agak baik, namun masih banyak ruang yang perlu ditambah baik termasuk memberi pendedahan bertanding dengan pemain terbaik dunia sebelum mereka dapat mencapai kejayaan yang saya pernah capai sebelum ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau yang pernah memenangi gelaran Terbuka Dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010 berkata paling penting ialah kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara dalam memastikan pemain kebangsaan dapat melonjakkan prestasi pada tahap terbaik.
Berdasarkan ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional, pemain terbaik negara ketika ini S. Sivasangari menduduki ranking ke-18 dunia dengan mengumpul 3,050 mata.
Mengenai Sivasangari, Nicol optimis pemain yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lepas, mampu bangkit semula ke prestasi sebenarnya tidak lama lagi.
"Selepas berjumpa dengannya baru-baru ini, saya lihat beliau masih bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh. Diharapkan beliau tidak terburu-buru (dalam sesi latihan) dan ikut arahan diberikan dengan sebaiknya kerana saya yakin dia boleh bangkit," katanya.
Dalam pada itu, Nicol memaklumkan beliau kini sedang sibuk menguruskan serta melatih 60 kanak-kanak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dalam yayasan diasaskannya iaitu Nicol David Organisation (NDO).
Beliau juga menjangkakan menerima 60 lagi murid sekolah bagi menyertai program di NDO, yang turut menawarkan tutorial bahasa Inggeris dikendalikan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Nicol berkata, pendedahan membolehkan pemain mendapat pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu mereka memperbaiki prestasi semasa. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.

Noor Aina bakal buat penampilan dalam Kejohanan Skuasy Dunia
Noor Ainaa kini berada di Birmingham selepas selesai peringkat kelayakan (Kejohanan Dunia).

Pemain skuasy negara perlu pebih banyak pendedahan - Nicol
Pemain negara perlukan pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu mereka memperbaiki prestasi semasa.

Sukma MSN: Kata-kata semangat rakan sepasukan bantu Chan Yi Wen raih emas skuasy
Kecederaan yang dialaminya menyaksikan dia terpaksa tunduk 8-11, 3-11 kepada Aira dalam dua set berikutnya.

Sivasangari dibenar keluar hospital hari ini
Pemain skuasy negara itu perlu menjalani rawatan di ISN setiap hari untuk proses pemulihan selain rawatan susulan di Hospital Putrajaya.

Dirogol, diseksa, wanita di India terus jadi mangsa serangan seksual
Ibu bapa pemain skuasy remaja terkemuka Switzerland, Ambre Allinckx melarang anak mereka ke India untuk menyertai satu kejohanan baru-baru ini.

Malaysia lakar sejarah muncul juara berpasukan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Skuad berpasukan campuran negara melakar sejarah apabila dinobatkan juara di final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.