KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan permintaan pemain skuasy negara di bawah program Road to Gold (RTG) Fast Track sebagai persiapan awal ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata permintaan tersebut termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan yang akan disediakan serta-merta.
Permintaan lain termasuk pendedahan latihan luar negara serta khidmat kepakaran teknikal yang akan diberikan kepada empat pemain skuasy negara iaitu Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman.
"Bagi Sivasangari yang berpangkalan di Ithaca, New York akan menjalani latihan di bawah David Palmer sebagai jurulatih peribadi selain mendapat perkhidmatan jurulatih fizikal Mark Burn. Beliau dalam masa sama akan menerima perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan di pusat latihan beliau serta di Institut Sukan Negara (ISN).
"Eain Yow pula memilih untuk berlatih di Msquash Norwalk, Connecticut di Amerika Syarikat (AS) di bawah jurulatih Shaun Moxham dan turut menjalani kem latihan pusat di Kaherah, Mesir," katanya dalam sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Beliau berkata Aira dan Aifa pula akan lebih tertumpu kepada menjalani kem latihan pusat di ibu negara bersama jurulatih Andrew Sam Cross selain menjalani program berkembar secara berkala di Pontefract, United Kingdom.
"Kedua-dua atlet ini juga akan dibantu jurulatih fizikal yang telah dikenal pasti dan prestasi fizikal mereka dipantau oleh ISN.
"Kesemua atlet ini telah ditetapkan sasaran yang perlu dicapai dalam setiap tahun termasuk meningkatkan ranking dunia serta memenangi pingat di Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2026," katanya.
Hannah berkata permintaan untuk semua pemain tersebut mempunyai penyertaan lebih daripada 16 hingga 20 kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam satu musim turut akan dipenuhi berbanding kurang daripada 10 sebelum ini.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Gerard Monteiro menyifatkan inisiatif diluluskan oleh KBS bakal menghasilkan nilai tambah buat pemain terlibat dalam tempoh masa empat tahun sebelum temasya paling berprestij itu berlangsung.
"Ini ialah berita baik untuk kami di SRAM, terutamanya pemain. Kali ini Sivasangari dan Eain Yow tahu pembiayaan ada untuk mereka terus bersama jurulatih pada masa mereka perlu bersiap sedia bagi menghadapi musim akan datang.
"Mereka boleh mengekalkan mata ranking serta meningkat dengan lebih cepat dalam kedudukan dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Hannah (tengah) menghadiri Sidang Media Program Fast Track Skuasy hasil inisiatif Jawatankuasa Road To Goal (RTG) di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini. - Bernama

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.