PETALING JAYA: Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon sudah pasti mahukan kemenangan dalam perlawanan persahabatan pemanas badan dengan Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Walaupun kemenangan adalah penting, Pan Gon merasakan konsistensi dan kemampuan anak-anak buahnya memahami dan melaksanakan pelan taktikal adalah lebih utama.
Bercakap pada sidang media praperlawanan menjelang perlawanan persahabatan dengan Kemboja pasukan ranking ke-177 dunia hari ini, Pan Gon mahu melihat pemain yang kebanyakannya baru kali pertama menyertai kem latihan akan mampu mengikuti "DNA Malaysia" yang ditanam ke atas mereka beberapa hari lepas.
Jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu juga berjanji pemain akan dapat menikmati aksi beberapa pemain baharu pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok berbanding kelayakan Piala Asia pada Jun dan Piala Raja Thailand, September lepas.
"Perlawanan menentang Kemboja dan Maldives minggu depan merupakan sebahagian daripada persediaan untuk Piala AFF. Ini amat penting buat pasukan dan peluang terbaik bagi kami untuk menilai sama ada pemain sedia untuk bermain dengan taktik yang kami rancang atau tidak.
Kami mahu pasukan kebangsaan mengikuti falsafah dan gaya pasukan, mengikuti gaya permainan Harimau Malaya, tidak kira siapa yang bermain. Kami telah berkongsi banyak maklumat dengan pemain muda, mereka seharusnya amat penat dari segi mental dengan maklumat baharu ini, katanya.
Pan Gon juga mengakui beberapa pemain daripada 28 yang tersenarai mengikuti latihan, mungkin tidak akan diturunkan ketika bertemu Kemboja kerana masalah kecederaan dan kesihatan tetapi beliau tidak mendedahkan nama mereka.
Ditanya mengenai sasaran Piala AFF yang dijadualkan berlangsung dari 20 Dis hingga 16 Jan, Pan Gon berkata beliau amat teruja dengan kejohanan serantau ini tetapi beliau tidak boleh meletakkan sasaran mengikut hasratnya sebelum menguji keupayaan sebenar pasukan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kemboja Ryu Hirose berkata beliau mahukan pemainnya membawa pulang pengalaman berharga untuk menghadapi Piala AFF selepas mengadakan persiapan ringkas kerana beliau hanya dapat memanggil pemain-pemain selepas Liga Premier Kemboja berakhir Sabtu lepas.
"Kami hanya mampu mengadakan persiapan ringkas sebelum tiba di sini tetapi sudah pasti kami mahu memperoleh sesuatu pada Jumaat, terutamanya taktik permainan menjelang Piala AFF. Kami merancang untuk bermain lebih banyak perlawanan persahabatan tetapi malangnya tidak dapat, jadi ini merupakan satu-satunya perlawanan pemanas badan kami sebelum kejohanan serantau itu, " kata jurulatih dari Jepun itu.
Selepas bertemu Kemboja, Malaysia, yang di kedudukan 146 ranking dunia, akan berhadapan dengan Maldives (rangking ke-154) di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur pada Rabu ini sebelum Pan Gon memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan beraksi dalam Piala AFF.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B kejohanan dua tahun sekali itu akan menentang Myanmar di Yangon 21 Dis ini, Laos di Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan). Hanya dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon (kanan) ketika mengendalikan kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.