KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain memberi bayangan beliau tidak lagi akan bersama skuad Penyu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Namun demikian, pengendali muda kelahiran Kelantan itu masih berteka-teki mengenai destinasi baharunya biarpun terdapat khabar angin kuat mengaitkan perpindahan beliau ke Selangor dan sebuah negeri di utara tanah air.
Turut menjadi persoalan ialah hala tuju pemain sayap lincah yang juga ayam tambatan TFC, Faisal Halim pada musim depan kerana beliau sebelum ini pernah mengumumkan untuk angkat kaki sekiranya Nafuzi tidak lagi mengendalikan skuad Penyu.
Menurut Nafuzi, kemungkinan besar tahun ini adalah tahun terakhirnya bersama Terengganu kerana beliau perlu mencari pengalaman serta cabaran baharu untuk mengembangkan kerjayanya.
"Bagi saya mungkin ini masa yang sesuai untuk cari pengalaman dan cabaran baharu untuk kembangkan karier saya dalam dunia kejurulatihan.
"Lagipun saya belum dapat apa-apa tawaran sebagai ketua juratih daripada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd. Sebagai jurulatih, saya perlu buat persediaan untuk tentukan hala tuju kerjaya saya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super yang menyaksikan Terengganu menang 3-0 ke atas Penang FC.
Beliau berkata tempoh tujuh tahun bersama skuad Terengganu adalah waktu yang panjang menyebabkan beliau agak berat hati untuk meninggalkan bumi Darul Iman.
Menurut Nafuzi beliau berazam untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memastikan pasukan hitam putih mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan impian bersaing di pentas Piala AFC musim depan tercapai.
"Saya sangat sayangkan Terengganu, keluarga saya juga gembira berada di sini tetapi untuk perkembangan kerjaya perlu kepada penghijrahan," katanya.
Dalam pada itu, Nafuzi turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat skuad Penyu yang sentiasa memberi sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada beliau sejak dahulu lagi.
Nafuzi mula menyertai skuad Terengganu sebagai jurulatih T-Team pada 2016 sebelum dinaikkan pangkat sebagai penolong jurulatih TFC pada 2018.
Pada 2019, beliau mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih TFC daripada Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan ekoran prestasi buruk dalam Liga Super dan kekal menerajui skuad Penyu hingga ke musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Nafuzi berkata tempoh tujuh tahun bersama skuad Terengganu adalah waktu yang panjang menyebabkan beliau agak berat hati untuk meninggalkan bumi Darul Iman. - Gambar fail
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
Peter Cklamovski dilantik Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nafuzi Zain terajui B-23 Harimau Malaya
Struktur organisasi baharu skuad Harimau Malaya permulaan kepada revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak kebangsaan.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.