KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan tidak berkualiti berupaya 'membunuh' kemasyhuran saingan Piala Malaysia yang menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya tahun ini.
Menjelang dua perlawanan separuh akhir kedua pertandingan berprestij itu esok, kontroversi melibatkan keputusan pegawai perlawanan tidak seharusnya menjadi perhatian selepas 90 minit permainan.
Malah, perkara itu juga tidak seharusnya terjadi pada aksi berprofil tinggi dalam sesuatu kejohanan utama, demikian pandangan tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh.
"Perlawanan dah berjalan banyak termasuk dari saingan Liga Super dan Liga Premier, sepatutnya mutu pengadilan makin baik lagi-lagi ia di peringkat separuh akhir, sepatutnya prestasi pengadil sudah sampai ke kemuncak.
"Kalau ikut graf prestasi pengadil (dilantik) sudah cukup berkemampuan untuk mengadili perlawanan dengan baik dan jika kita membuat pemilihan, biasanya pengadil yang terbaik dipilih," kata bekas pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan kebangsaan itu ketika dihubungi Bernama.
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat perhitungan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri manakala Melaka United FC berdepan cabaran Kuala Lumpur City FC di Stadium Hang Jebat, esok dalam merebut tempat ke final dijadual berlangsung pada 30 Nov ini.
Tanpa merendahkan kemampuan pihak bertanggungjawab dalam soal pelantikan pengadil di peringkat domestik, Subkhiddin menjelaskan proses pemilihan pengadil di AFC dan FIFA bagi sesebuah aksi berintensiti tinggi dibuat dengan teliti berpaksikan tahap prestasi.
Menurutnya, setiap pertandingan kelolaan AFC dan FIFA, barisan pengadil dilantik akan dinilai sepanjang saingan pusingan awal sebelum hanya mereka yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih untuk bertugas pada pusingan kedua.
"Habis saja pusingan kedua kita pilih lagi pengadil yang terbaik untuk aksi suku akhir dan separuh akhir seterusnya hingga ke final. Itu yang kita buat dalam pertandingan di peringkat tertinggi," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Mutu pengadilan sekali lagi menjadi 'buah mulut' selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara TFC dan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, yang berkesudahan 1-1, Isnin lepas.
Ia susulan beberapa insiden kekasaran yang berlaku pada aksi tersebut yang dianggap tidak ditangani dengan baik, dengan situasi itu turut mendapat perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat pengadil bertugas tidak menunjukkan mutu pengadilan yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Subkhiddin menjelaskan proses pemilihan pengadil di AFC dan FIFA bagi sesebuah aksi berintensiti tinggi dibuat dengan teliti berpaksikan tahap prestasi. - Gambar fail
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
MFL mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia.
Nelson Bonilla penyerang terbaharu TFC
Pengumuman itu menamatkan khabar angin bahawa Sang Penyu akan mengikat penyerang kelahiran Croatia, Anton Maglica.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.