PETALING JAYA: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan ke Amerika Syarikat (AS) dengan berbekalkan semangat dan mentaliti juara bagi memastikan beliau kekal fokus serta bertahan untuk mencapai misinya sepanjang empat tahun menyambung pengajian di negara itu.
Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) berusia 18 tahun dari Perak yang akan berangkat pada 1 Jan depan ke Universiti Auburn, Alabama di Amerika Syarikat itu mahu memastikan pengorbanan zaman mudanya bertungkus lumus menempa nama dalam arena olahraga berbaloi.
"Saya rasa tidak jadi masalah sebab universiti juga sudah janji untuk menjaga segala kebajikan sepanjang di AS, selain berkemungkinan akan diberikan peluang untuk pulang ke tanah air sekali setahun untuk tempoh panjang iaitu satu bulan.
"Tahun ini sudah banyak pengorbanan saya lakukan seperti tidak sambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama ahli keluarga, jadi saya mahu pastikan segala pengorbanan ini berbaloi. Mungkin akan ada beberapa halangan di sana (AS) namun semangat saya untuk menjadi juara lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman barisan atlet negara yang tercalon dalam Top 5 kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) di Hotel Le Meridien di sini semalam.
Dalam pada itu, Muhammad Azeem berkata beliau berpuas hati dan bangga dengan pencapaiannya sepanjang menggalas cabaran Malaysia ketika menyertai kejohanan di dalam dan luar negara, namun tidak mahu selesa dalam kedudukannya kini.
"Saya berpuas hati dengan pencapaian musim ini dan bersemangat untuk tahun hadapan. Insya-Allah akan cuba yang terbaik untuk menjadi atlet Malaysia pertama mencatat rekod larian di bawah 10 saat (s) dan layak ke acara 100 meter (m) Sukan Olimpik.
"Empat tahun di sana bukanlah lama bagi saya kerana ada sasaran tersendiri. Sasaran pertama saya ialah layak ke Kejohanan Dunia agar dapat layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, namun perlu pastikan saya berlari bawah 10s," katanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat di Ipoh itu meraih keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berjaya menduduki tempat kelima dalam acara 100m semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos lepas.
Seterusnya, beliau mencipta kejutan memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) (dalam saringan) di Cali, memadam rekod lama 10.18s yang dilakar bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Muhammad Azeem (dua, kanan) bergambar bersama para Ikon Sukan dan hadiah utama Anugerah Ikon Sukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, 7 Dis 2022. --fotoBERNAMA
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.