SEPANG: Jaguh lari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan hadapan.
Menurut anak jati Perak itu, dengan usianya yang masih muda, kini berumur 20 tahun, beliau berpandangan perjalanan kariernya masih jauh dan akan terus berusaha mengejar impiannya untuk beraksi pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Andai kata saya tidak terpilih ke Olimpik Paris walaupun menggunakan tiket wildcard, saya sedikitpun tidak akan rasa terkilan atau kecewa kerana bagi saya mana-mana pihak yang buat keputusan itu merupakan pilihan yang terbaik.
"Apa-apa keputusan saya akan terima dengan hati yang terbuka. Jika saya tidak ada peluang bertanding di Olimpik Paris pada tahun ini, sudah pasti sasaran saya adalah LA2028.
"Pada waktu itu saya sudah berusia 24 tahun, insya-Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berlari. Jadi pada umur tersebut, saya akan berada pada tahap terbaik," katanya ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disini hari ini.
Sebelum ini, Azeem terlepas tiket untuk layak secara merit, baik menerusi had kelayakan mahupun kedudukan ranking apabila gagal menjuarai acara 100m lelaki di Terbuka Kazakhstan di Almaty pada Sabtu.
Pada kejohanan itu, beliau menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan masa10.37 saat (s) di belakang pemenang emas, Puripol Boonson dari Thailand 10.23s dan Kayhan Ozer dari Turkiye 10.25s.
Dalam pada itu, Azeem ketika ditanya berkenaan perancangannya jika gagal mendapatkan tiket 'wild card' beraksi di temasya berprestij itu, beliau berkata fokusnya akan tertumpu kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak Ogos depan.
Menurut pemegang rekod kebangsaan acara 100 m itu, beliau tidak kisah sekiranya dilabel sebagai 'jaguh kampung' memandangkan niatnya adalah untuk membalas budi jasa buat negeri kelahirannya yang banyak membantu dalam perkembangan kariernya.
"Jika anda tanya saya, saya mahu bantu Perak, kerana MSN Perak banyak bantu saya sejak saya kecil lagi. Walaupun ketika itu saya berusia 14 tahun, MSN negeri banyak bantu saya dan berikan saya bantuan dari segi peralatan latihan, tempat penginapan, seperti SUKMA sebelum ini di KL dan Perak.
"Ini adalah kisah budak Teluk Intan yang mempunyai impian besar. Jika ada peluang mewakili Perak di SUKMA, saya akan lakukan terbaik. Misi utama adalah untuk memburu dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m," katanya yang akan beraksi di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Malang dan Surabaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Muhammad Azeem ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.