KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada Sabtu (awal pagi tadi waktu Malaysia).
Pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Georgia Tech, pemegang rekod kebangsaan itu yang mewakili Universiti Auburn, Alabama menduduki tempat ketiga dalam acara 100 meter (m) lelaki selepas mencatatkan masa 10.38 saat (s), menurut laman web live.pttiming.com
Dua rakan sepasukannya, Makanakaishe Charamba di tempat kedua dengan catatan 10.28s dan Kanyinsola Ajayi merakam 10.21s untuk muncul pemenang.
Pemenang pingat gangsa 100m lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 itu kemudian membantu kuartet 4x100m lelaki Universiti Auburn yang turut dibarisi Charamba, Ajayi dan Dario Matau memenangi emas dengan catatan masa memberangsangkan 38.74s.
Mereka menewaskan kuartet dari Universiti Olahraga Missouri yang meraih naib johan dengan 40.59s dan tempat ketiga menjadi milik Universiti Middle Tennessee yang mencatat 40.71s.
Kejohanan itu merupakan pertandingan di luar dewan pertama disertai Muhammad Azeem tahun ini selepas beraksi dalam beberapa kejohanan dalam dewan di Amerika Syarikat sejak Januari lepas.
Pertandingan itu juga aksi terakhir Muhammad Azeem dalam bulan Ramadan bagi menumpukan perhatian kepada latihan selain menjalani ibadah puasa di perantauan.
Catatan musim terbaik tahun lepas atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu ialah 10.11s dan beliau memegang rekod kebangsaan 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia.
Muhammad Azeem yang akan menginjak usia 20 tahun bulan depan, perlu melakukan catatan 10s atau menempatkan diri dalam 48 pelari terbaik dalam ranking dunia bagi merealisasikan impiannya meraih debut di Sukan Olimpik Paris bermula Julai ini.
Bekas pemegang rekod kebangsaan Watson Nyambek merupakan atlet negara terakhir bersaing dalam acara 100m lelaki di Olimpik iaitu pada edisi Atlanta 1996 dan Sydney 2000, manakala bekas raja pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad menjadi wakil negara terakhir beraksi dalam acara 200m lelaki pada edisi Athens 2004. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada Sabtu (awal pagi tadi waktu Malaysia). - Gambar Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.

Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.

Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem yakin mampu melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang pingat pada Sukan Asia 2022.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Muhammad Azeem bersyukur, azam kekal momentum dalam 200m di Colombia
Muhammad Azeem bersyukur dengan pencapaian diraihnya walaupun impian menaiki podium acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) tidak kesampaian.

Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.

'Speedy Jantan' tidak pertahankan emas 100m di Sukan SEA Filipina
Sekadar melakarkan kepantasan 10.71 saat pada aksi final 100m pada Kejohanan Olahraga KOM minggu lalu, sekali gus gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan.

Apa khabar 'The Speedy Jantan'? Ini sasaran untuk 2019
Tahun 2016 mencetus fenemona buat Khairul Hafiz selepas memecahkan rekod kebangsaan 100 meter berusia 18 tahun milik Watson Nyambek.