KUALA LUMPUR: Atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi bersyukur dengan pencapaian diraihnya walaupun impian menaiki podium acara 100 meter (m) lelaki Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia tidak kesampaian.
Muhammad Azeem berkata beliau berbangga dengan kejayaannya mencapai sasaran utama iaitu ke pentas akhir 100m yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat kelima, selain pencapaian bersejarah mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) dalam pusingan awal.
"Bagi saya ini adalah satu pencapaian terbesar bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk sukan olahraga di negara kita. Jadi bagi saya tidak ada apa yang perlu dikecewakan, tiada apa yang perlu disedihkan," katanya yang berada di Cali ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Pada masa sama, Muhamamd Azeem berkata peluang beraksi di Cali merupakan satu pengalaman berharga dan memberinya semangat untuk terus bekerja keras dalam usaha mencipta lebih banyak kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Pada saingan final 100m di Stadium Olimpik Pascual Guerrero pagi tadi waktu Malaysia, Muhammad Azeem yang memadam rekod lama kebangsaan 10.18s milik bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan semalam, gagal mengulangi larian terbaik apabila merekodkan 10.14s.
BACA: Muhammad Azeem raih tempat kelima di Cali
BACA: Catatan rekod 100m 10.09s Muhammad Azeem di luar jangkaan - Jurulatih
Atlet Botswana, Letsile Tebogo mengungguli saingan itu apabila mencatat 9.91s yang juga merupakan rekod baharu dunia B-20 diikuti Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica yang merekodkan 10.02s di tempat kedua sementara wakil Afrika Selatan Benjamin Richardson ketiga dengan masa 10.12s.
Pemenang pingat emas 100m dan 200m Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Puripol Boonson dari Thailand yang berusia 16 tahun terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat meskipun mempunyai catatan masa sama dengan Richardson.
Dalam pada itu, Muhammad Azeem sebenarnya masih berpeluang menebus kekecewaan beliau dalam mencipta kejutan dan sejarah tersendiri apabila bakal turun beraksi dalam acara 200m yang dijadual bermula awal pagi esok.
Beliau mempunyai catatan masa peribadi terbaik 20.89s yang dianggap masa kedua terpantas dalam sejarah acara 200m negara iaitu selepas rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dilakukan pada 2019.
"Untuk acara 200m ramai pelari yang bagus terutama Boonson yang merupakan antara pelari pilihan dalam acara ini tapi bagi saya cuma nak buat yang terbaik. Saya tak meletakkan apa-apa sasaran untuk kalahkan sesiapa, saya cuma bertanding dengan diri sendiri," kata atlet kelahiran Perak itu.
Sementara itu, jurulatihnya Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah ternyata bangga dengan pencapaian dan prestasi yang ditampilkan anak buahnya selain mengesahkan Muhammad Azeem turut mencipta sejarah menjadi atlet dari Malaysia pertama beraksi di pentas akhir 100m kejohanan itu.
"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan Azeem, bukan satu perkara yang mudah untuk berada dalam kalangan lima teratas bagi kategori remaja dunia, saya amat berbangga.
"Kalau berdasarkan analisis (catatan 10.09s) boleh menang gangsa, cuma pada saya di peringkat akhir atlet mana yang dapat memberikan prestasi terbaik dia lah akan menang. Walau macam mana pun saya tetap bersyukur," katanya.
Beliau berkata bagi acara 200m, sasaran utama yang dipersetujui antara beliau dan Muhammad Azeem adalah melayakkan diri ke saingan akhir sementara kejayaan membawa pulang pingat ataupun mencatat rekod baharu kebangsaan merupakan bonus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Muhammad Azeem berkata beliau berbangga dengan kejayaannya mencapai sasaran utama iaitu ke pentas akhir 100m yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat kelima. - Gambar fail

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Azeem belum berdesup habis...
KOM bangga dengan prestasi Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan di Amerika Syarikat.

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.

Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.

Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.

Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.

Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.

Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.