Walapun menamatkan saringan pertama pusingan kelayakan dengan catatan 10.42 saat, dia tidak berjaya untuk memperbaiki catatan masa itu dalam saringan kedua apabila terpaksa akur dengan rekod masa 10.45 saat.
Begitupun, sebelum ini dia komited untuk terus memburu kelayakan secara merit dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 nanti.
"Saya minta maaf tidak dapat pamerkan aksi terbaik hari ini. Bukan keinginan saya untuk lari begini dan bukan keinginan saya juga untuk lalui musim yang teruk seperti ini.
"Untuk rakyat Malaysia, saya Azeem Fahmi mohon maaf. Ini adalah proses pembelajaran terbesar dalam hidup saya, tiada siapa yang hadir ke sini untuk kalah," kata Azeem Fahmi.
*Tonton strim langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro, Astro GO, and sooka
**Artikel disiarkan di Stadium Astro