KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini sekali gus mencapai impian meraih debut pada temasya sukan berprestij dunia itu.
Penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) itu yang mencipta sensasi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia dan Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lepas, berkata keinginannya adalah untuk terus mengharumkan nama negara.
"Saya mohon agar semua peminat tanah air mendoakan saya berjaya layak ke Olimpik.
"Itu adalah sasaran terbesar saya tahun ini untuk terus mengharumkan nama negara dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia," kata pemenang pingat gangsa 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 ketika dihubungi Bernama.
Atlet yang akan menginjak usia 20 tahun pada bulan depan itu merancang akan memulakan misi layak ke Paris 2024 yang dijadual berlangsung Julai ini, sambil menjalani ibadah puasa.
Selepas membuat persediaan rapi termasuk menyertai beberapa kejohanan di dalam dewan, beliau berharap tiada halangan untuk bertanding dalam kejohanan terbuka Yellow Jacket Invite di Georgia Tech, Atlanta pada 15 dan 16 Mac ini.
Kejohanan itu merupakan pertandingan di luar dewan pertama yang akan disertainya tahun ini.
Beliau berkata bertanding pada minggu pertama Ramadan ialah perancangannya, selepas itu akan menumpukan perhatian kepada latihan selain menjalani ibadah puasa di perantauan.
"Kenapa saya dan jurulatih memilih untuk bertanding pada minggu pertama Ramadan adalah kerana saya yakin kondisi badan saya masih dalam keadaan yang terbaik walaupun sudah mula berpuasa untuk beberapa hari.
"Sekarang, saya ada baki lebih kurang enam hingga lapan kejohanan untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, baik melalui merit ranking dunia atau standard qualifying mark iaitu 10 saat (s)," kata atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu.
Cabaran Azeem pada kejohanan di Atlanta ialah merakam masa di bawah 10.20s yang tidak begitu jauh daripada catatan musim terbaiknya tahun lepas iaitu 10.11s dan rekod kebangsaan miliknya 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022.
Sebagai rekod, Azeem menduduki tempat kelima dalam final 100m Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand dengan catatan 10.25s dan mara sehingga pusingan pertama 100m Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary.
Bekas pemegang rekod kebangsaan Watson Nyambek merupakan atlet negara terakhir bersaing dalam acara 100m lelaki di Olimpik iaitu pada edisi Atlanta 1996 dan Sydney 2000, manakala bekas raja pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad menjadi wakil negara terakhir beraksi dalam acara 200m lelaki pada edisi Athens 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Azeem merancang akan memulakan misi layak ke Paris 2024 yang dijadual berlangsung Julai ini, sambil menjalani ibadah puasa. - Gambar fail/Sinar Harian
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.

Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.

Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem yakin mampu melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang pingat pada Sukan Asia 2022.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Muhammad Azeem bersyukur, azam kekal momentum dalam 200m di Colombia
Muhammad Azeem bersyukur dengan pencapaian diraihnya walaupun impian menaiki podium acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) tidak kesampaian.

Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.

'Speedy Jantan' tidak pertahankan emas 100m di Sukan SEA Filipina
Sekadar melakarkan kepantasan 10.71 saat pada aksi final 100m pada Kejohanan Olahraga KOM minggu lalu, sekali gus gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan.

Apa khabar 'The Speedy Jantan'? Ini sasaran untuk 2019
Tahun 2016 mencetus fenemona buat Khairul Hafiz selepas memecahkan rekod kebangsaan 100 meter berusia 18 tahun milik Watson Nyambek.